Dior Lady Art Merentasi Siri Kelima Bertema Metamorfosis - Glam Malaysia

Dior Lady Art Merentasi Siri Kelima Bertema Metamorfosis

Dior Lady Art adalah satu usaha yang diwujudkan oleh Maria Grazia Chiuri. Ia adalah pameran yang meraikan beg ikonik Lady Dior. Sejak pertama kali diperkenalkan, ramai pengkarya seni dijemput untuk membuahkan Lady Dior daripada kacamata mereka sendiri. Kini masuk pula siri kelima buat Dior Lady Art dan satu pameran khas bakal hinggap di butik mereka yang terbaru di Pavillion Kuala Lumpur pada 8 Januari kelak. Kali ini fokus buat pameran adalah berkisar tema tentang metamorfosis. Makanya, 10 artis seni dijemput untuk memberi kelahiran semula pada beg Lady Dior. Ini adalah antara lima karya seni buat pameran Dior Lady Art siri kelima.

dior lady art
CLAIRE TABOURET

Melalui projeck ini, semua mereka diberi kebebasan untuk menyampaikan cerita Lady Dior masing-masing. Lebih membanggakan seni pembuatan koleksi eksklusif ini mengangkat tema adi busana selari dengan kod fesyen Dior. Setiap bahan yang digunakan mengisahkan simbiosis diantara kisah lampau, sekarang serta yang akan datang. Mereka semua ini datang dari pelusuk dunia membawa idea seni masing-masing. Ada yang berasal Madagascar, China dan Russia. Merekalah yang menghubungkan kisah alam bersama keindahan Lady Dior. Dibawah amatan kreatif mereka beg ini terus menjadi wadah buat semua dalam berkisar object of desire!

See also
Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya

Pautan Berkenaan: Jisoo Terbitkan Sisi Whimsical Lady Dior