Sophie Turner Bidas Anti-Masker, Dedah Pakai Pelitup Muka Semasa Melahirkan - Glam Malaysia

Sophie Turner Bidas Anti-Masker, Dedah Pakai Pelitup Muka Semasa Melahirkan

Sophie Turner merupakan antara individu yang sentiasa patuh kepada arahan semasa dan protokol yang ditetapkan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19. Dia dan suaminya, Joe Jonas sentiasa dilihat memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai mesej yang tepat untuk anti-masker: Tiada alasan untuk anda tidak memakainya!

Dedah Sophie, kerana bimbangkan penularan Covid-19, dia memakai pelitup muka semasa melahirkan anak sulungnya, Willa Julai lalu. Pasti anda boleh bayangkan! “Jika saya boleh memakai pelitup muka ketika bersalin, kenapa anda tidak boleh memakainya ketika membeli-belah di Walmart?” dia meluah perasaan di Instagram Story. Video itu sempat dirakam dan dimuat naik di akaun Instagram peminat, Sophstunrer.

Pasangan ini menetap di Los Angeles, antara lokasi yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di Amerika Syarikat. Mac lalu, Sophie turut memberi peringatan kepada pengikutnya di Instagram tentang kepentingan mengurangkan kontak dengan orang lain.

See also
Retorik: Cantik Personaliti - oleh Izree Kai Haffiz

“Duduk diam di rumah. Jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin anda lebih pentingkan kebebasan berbanding kesihatan diri. Saya tidak peduli dengan kebebasan anda.

“Anda mungkin menjangkiti orang lain, mereka terdedah kepada risiko disebabkan anda. Jadi duduk di rumah. Berkeliaran di luar bukan satu tindakan yang bijak,” tambahnya.

Foto: Getty Images

Baca: Puteri Sofia Tekad Perangi COVID-19 Dengan Menjadi Sukarelawan