Idam Majlis Bebas Covid, Gwen Stefani Dan Blake Shelton Tunda Perkahwinan - Glam Malaysia

Idam Majlis Bebas Covid, Gwen Stefani Dan Blake Shelton Tunda Perkahwinan

Setelah dua bulan mengumumkan pertunangan, ramai yang ternanti-nanti bilakah pasangan juri The Voice ini akan mengikat tali perkahwinan.

Namun disebabkan pandemik Covid, Gwen Stefani dan Blake Shelton sepakat untuk menangguhkan majlis – sama seperti keputusan yang diambil oleh pasangan Hollywood popular, Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez.

Dalam wawancara rancangan radio On Air with Ryan Seacrest baru-baru ini, pasangan ini mengakui belum membuat perancangan terperinci mengenai perkahwinan mereka dan ingin menunggu beberapa bulan lagi, untuk memastikan situasi benar-benar selamat buat ibu bapa Stefani.

Apabila disoal sama ada majlis besar-besaran atau kecil-kecilan yang menjadi pilihan, Stefani lantas menjawab, “Apa yang boleh saya katakan, saya hanya mahu ibu bapa saya hadir. Mereka tidak hadir ke majlis Hari Kesyukuran kerana terlalu takut. Jadi saya lebih sukakan suasana bebas Covid. Saya tidak mahukan majlis dengan topeng muka, atau sesuatu seperti itu – dan walaupun jika saya anjurkan majlis ini hanya untuk keluarga, ia masih terlalu ramai untuk Covid.”

See also
Beyonce Sumbang RM2 Juta, Bantu Tangani Krisis Perumahan

Pasangan ini mula menjalin hubungan pada 2015 selepas sama-sama menjadi juri dalam rancangan tersebut. Dan walaupun Stefani mengakui tidak sabar untuk bergelar isteri, ternyata ini adalah keputusan terbaik buat masa ini.

Foto: Jeff Kravitz/FilmMagic

Baca: Apa Alasan The Weeknd Hadir Di AMAs dengan Kepala Berbalut?