Rawatan Mewah Chanel Di Waktu Malam - Glam Malaysia

Rawatan Mewah Chanel Di Waktu Malam

Chanel mahu membantu kulit tampil berseri, membantu proses detoks di waktu malam biarpun dalam tubuh yang tertekan.

Perubahan siang dan malam ada kesannya kepada perubahan kulit kita secara semula jadi. Bagaimana kita melindungi kulit pada waktu saing dan cara kita merawatnya pada waktu malam akan memberi kesan. Jika dinilai pada fitrahnya, waktu malam adalah masanya kulit berehat dan mempersiapkan ‘diri’ mereka untuk ‘bekerja’ keesokan hari. Sebab itulah bila kita tidak cukup tidur, kurang rehat apda waktu malam wajah tampak lesu keesokan hari. Kulit juga tampak kusam.

Chanel menyedari keperluan wanita hari ini menghadiahkan Sublimage L’Extrait de Nuit, iaitu produk rawatan kulit waktu malam yang memercikkan pengalaman mewah. Produk baru ini menetapkan semula rentak biologi kulit yang secara semula jadinya akan memperbaiki dan merawat kulit dengan sendiri pada waktu malam. Produk ini membantu kebolehan kulit untuk memperbahraui selnya sendiri. Chanel mahu membantu wanita yang sibuk dengan urusan harian, yang tidak dapat tidur cukup dan berkualiti masih mampu memiliki kulit yang berseri dan sihat. Chanel mahu pabila wanita membuka mata, mereka berasa selesa dengan kulit mereka.

See also
Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar

Mengapa kulit lebih sesuai dirawat pada waktu malam? Kerana biasnya pada waktu malam kulit kurang terdedah dengan ‘tekanan’ seperti pencemaran dan pancaran matahari. Kulit kita sebenarnya bagaikan ada putaran jamnya sendiri, ia tahu malam dan siang. Ia akan detoks dengan secara semula jadi tapi pabila usia meningkat tenaganya semakin lemah.

Jadi apa yang Chanel tawarkan menerusi penemuan baru ini. Sublimage L’Extrait de Nuit bertindak sebagai penetap kepada kulit untuk memulakan mood sesi memperbaharui kulit. Ia mengandungi eklisir bunga-bungaan yang bertindak melindung dan mempekuatkan selular proses detoks. Pakar kecantikan Chanel mengguna pakai proses kimia mesra alam yang dicipta untuk mencampurkan ramuan seperti orange blossom yang mereka tanam di selatan Perancis juga vanila dari Madagaskar. eliksir bunga nuroli memperbaiki proses detoks kulit.