Hadiah Istimewa Fenty Beauty - Glam Malaysia
Hadiah Istimewa Fenty Beauty

Hadiah Istimewa Fenty Beauty

Raikan percutian anda dengan ringkas bersama set hadiah istimewa daripada Fenty Beauty. Koleksi New Minis 2020 pilihan ramai.

Set hadiah koleksi Fenty Beauty

Jenama kosmetik digemari ramai, Fenty Beauty sentiasa mengutamakan pandangan peminatnya. Dan, untuk musim percutian tahun ini, kembali dengan set mini daripada barisan produk bestseller dan disatukan menjadi set lengkap dalam satu harga.

Edisi Glossy Posse, RM160

Koleksi Mini Gloss Bomb hadir dengan rona baharu dan ianya terhad sesuai dipakai untuk semua jenis kulit. Bibir terus berkilau dan bersinar dengan rona Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk.

Edisi Lil Stunnas, RM110

Sesuai untuk peminat rona terang, koleksi terhad dengan duo warna, Unmatched dan Underrated. “I wanted a lipstick that wouldn’t budge even as you eat, even as you make out. It’s a longwearing formula, which is one of my favorite things about it. It really lasts all day and is there no matter what you do”, kata Rihanna.

See also
Beat Bag Coach Sambaran Kami Sekarang!

Edisi Fenty Glow, RM190

Glow up! Dari hujung rambut ke hujung kaki menggunakan Fenty Glow koleksi ikonik Rose Nude. Best seller Gloss Bomb Universal Lip Luminizer, Cheeks Out Freestyle Cream Blush dan Diamond Bomb All- Over Diamond Veil digabungkan dalam edisi istimewa ini.

Edisi Full Snap Eyeshadow + Mini Mascara, RM130

Tampil glamor dengan koleksi terhad Snap Shadow dengan pilihan palet warna seperti Violet Vibez, Royal Dazzle, Blood Moon, Concrete Lavender, Honey Splash dan Brownie Babe. Setelah mata dioleh, kemaskan pula dengan Full Frontal Maskara.

Koleksi set hadiah istimewa ini sudah berada di pasaran, anda boleh membelinya di Sephora.my atau ke gedung Sephora seluruh Malaysia.

Pautan berkaitan Previu Gloss Bomb Fenty Beauty oleh Rihanna