All I Want For Christmas Is... - Glam Malaysia

All I Want For Christmas Is…

Kaca mata! GLAM senaraikan 3 aksesori pelengkap gaya nan sofistikated mesti miliki daripada Dolce & Gabbana untuk anda!

Well, we’ve got you covered! Koleksi kacamata Fall Winter 2020 yang terkini dari Dolce & Gabbana ini perlu anda sambar serta-merta sebelum kedatangan hari Krismas bulan Disember ini. Bergaya mewah kala melawat saudara malah berkaca mata hitam kala facetime dengan teman yang jauh di perantauan. Masanya untuk anda screenshot video call dan muat naik foto OOTD di media sosial. Baca selanjutnya untuk anda ketahui tiga kaca mata yang menjadi pilihan GLAM!

Cermin mata hitam acetate, oversized dan ultra-feminin. Reka bentuk panthos terkini ini dihiasi dengan perincian bar emas yang halus. Membentuk jambatan dan mencerahkan mata. Model ini dicirikan oleh lensa gradien dan ia boleh didapati dalam rona hitam ikonik dan dalam dua versi inovatif iaitu corak tweed berlatar belakang hitam dan efek buaya burgundy, proses 3D yang sofistikated untuk Dolce & Gabbana. The temples are embellished with the gold DG monogram, mewakili identiti jenama Dolce & Gabbana yang sempurna.

All I Want For Christmas Is...
DG4383 RM1,139

Pilihan kedua GLAM adalah jenis rangka optik acetate cat-eye yang elegan dan sofistikated. Kaca mata ini berciri nipis dan harmoni serta dicerahkan oleh jambatan emas halus dan monogram DG di sisi. Model ini tersedia dalam cetakan hitam tradisional, havana dan animalier, dengan penambahan corak tweed baru yang sofistikated pada latar belakang hitam untuk anda membuat pilihan.

All I Want For Christmas Is...

OPTICAL DG3335

Dan terakhir, cermin mata hitam acetate segi empat tepat ini merupakan tafsiran baru dan sofistikated mengenai reka bentuk kotak yang dikategorikan oleh garis besar berlekuk dan pelipis halus yang dihiasi monogram DG emas. Feminin dan elegan, gaya ini dicirikan oleh lensa gradien dan tersedia dalam ton tradisional havana dalam dua varian tambahan iaitu cetakan animalier dan efek buaya berona hitam berkilat baru yang sofistikated serta dibentuk menggunakan proses 3D yang rumit.

All I Want For Christmas Is...
DG4385 RM1,029

Artikel berkaitan: Dolce & Gabbana Sendiri Menghasilkan T-Shirt #BoycottDolceGabbana

See also
Ashley Olsen Selamat Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Rahsia

Foto: Dolce & Gabbana