Parti Hujung Tahun Gucci Bertema Pejabat Retro - Glam Malaysia

Parti Hujung Tahun Gucci Bertema Pejabat Retro

Jemput hadir ke parti hujung tahun paling ditunggu-tunggu anjuran Gucci! Ingat lagi dekad lalu yang mana tempat kerja bertukar wajah menjadi lokasi sambutan acara akhir tahun. Sebelum semua bercuti dengan keluarga, mereka terdahulu akan habiskan masa di tempat kerja mereka untuk menghabiskan masa bersama!

Lalu, inilah yang menjadi idea kepada Alessandro Michele di Gucci. Merayakan hujung tahun dengan Gucci dengan elemen retro dan dirakam oleh Akinola Davies Jr. Para karakter pula dalam penataan selerea vintaj 80-an menambah lagu karakter unik di parti pejabat.

parti pejabat menjadi pilihan Gucci
Kempen Gucci Gift Giving 2020
parti hujung tahun
Gucci bermain dengan tema parti pejabat buat kempen Gucci Gift Giving 2020

Suasana kerja yang sibuk, menanti detik masa parti bermula. Segala persiapan diadakan dan pasti ada tersergam setiap barangan Gucci daripada koleksi Gucci Gift Giving 2020. Bagaikan makna tersirat, video parti pejabat Gucci ini memberi suasana lebih mesra pada persekitaran korporat. Lebih-lebih lagi dengan himpunan koleksi ini yang sarat dengan perincian cukup cosy!

Gucci bagai menyatukan dua keluarga berlainan buat himpunan kali ini. Pertama ada mereka yang menyarungkan helaian yang terinspirasi daripada kehangatan jaket musim salju. Maka, terhimpunan rekaan dalam motif houndstooth berona merah dan hijau. Berlainan pula dengan mereka yang sarat dengan fabrik berjemeki. Cukup menaikkan semangat parti hujung tahun!

PARTI HUJUNG TAHUN
Parti Pejabat anjuran Gucci yang cukup retro!
PARTI HUJUNG TAHUN
Rona pop menjanjikan gaya parti hujung tahun lebih menyerlah ala Gucci

Pautan Berkenaan: Jackie 1961 dari Gucci Taruhan Baru Alessandro Michele

See also
Here Comes The Summer