Destinasi - Buatan Tangan Asli Seramik - Glam Malaysia

Destinasi – Buatan Tangan Asli Seramik

Jubin berkualiti buatan tangan, mural seramik, karya seni artistik dan halus dari sumber tanah liat.

Apa

The Ceramic Designer adalah jenama lokal berorientasikan sumber semula jadi dan asli, yang diperbuat sepenuhnya menggunakan tanah liat. Ditubuhkan pada Januari 1993 oleh pemiliknya, yang juga pereka produk; Rosmah Yaakub, jenama ini berbeza dari segi kualiti pembuatan dan pertukangan tangan, kehalusan perincian dan jubin tempah khas buat yang mementingkan nilai eksklusif dan unik. Lebih istimewa, jenama ini mempunyai ruang pamer sendiri untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan daripada produk sedia ada atau ditempah khas mengikut cita rasa sendiri.

 

Yang Istimewa

Produk The Ceramic Designer dihasilkan daripada sumber tanah liat asli, berwarna putih berselang efek kasar dan gelap. Diperolehi daripada sumber semula jadi, efek dan warna tanah liat ini tidak dapat dikawal dalam proses pembuatan produk dan setiap yang terhasil adalah berbeza yang menterjemahkan nilai estetik produk seramik yang terhasil. Di sini, tidak ada warna tambahan yang diperlukan kerana perubahan warna tanah liat secara semula jadi  menonjolkan setiap perincian dan ukiran yang dihasilkan.

See also
#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman

Di mana

Eksplorasi produk dari sumber semula jadi di ruang pamer The Ceramis Designer berlokasi di D’Vida@BJCC, Persiaran Balairong, Bukit Jelutong, Shah Alam.