Destinasi - Kolaborasi Aesop X Farm - Glam Malaysia

Destinasi – Kolaborasi Aesop X Farm

 Mengangkat kegemilangan perdagangan timah abad ke-19, firma reka bentuk dari Singapura – Farm menterjemahkan rekaan signatur identiti Aesop.

APA?

Terkenal dengan ramuan bahan semula jadi, Aesop melancarkan pembukaan rasmi butik di 1 Utama, Petaling Jaya. Ruang butik mendapat sentuhan unik dan tersendiri hasil kerjasama studio FARM. Firma reka bentuk ini meneroka binaan reka bentuk dalaman yang diilhamkan daripada kepingan logam beralun bergalvani, buat mengimbas era kegemilangan perdagangan timah Malaysia pada abad ke-19. Aesop diperkenalkan di Melbourne pada tahun 1987 dan hari ini menawarkan formulasi superlatifnya di butik signatur di seluruh dunia.

YANG ISTIMEWA

Reka bentuk ruang yang disokong oleh kepingan logam tersembunyi, membentuk sistem rak halus-beragam timbal balik dan imej beralun sebagai signatur dan profil jenama ini. Binaan rak direka menonjol dari bahagian hadapan, membangkitkan urutan yang tidak serasi di halaman logam. Di dalamnya, setiap helaian tin disusun secara mendatar membentuk jumlah dramatik berfungsi sebagai rak paparan produk dan tempat duduk pelawat. Binaan konkrit bertindak sebagai kaunter yang direka secara menegak pada dinding cermin timah tidak sekata; dua kaunter segi empat terapung di antara barisan rak.

See also
Super Mario Nan Energetik

DI MANA?

Pelanggan boleh meneroka reka bentuk ruang butik yang unik selain memilih seleksi produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan badan, dihasilkan daripada  bahan botani dan makmal berkualiti tertinggi. Kunjungi butik Aesop di pusat membeli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. www.aesop.com