Raikan Keagungan Cinta Sehangat Kilauan Berlian

GLAM Weddings, Popular

Raikan Keagungan Cinta Sehangat Kilauan Berlian

739

Penyatuan dua hati pastinya adalah satu momen yang paling dinantikan buat pasangan yang bercinta. Dari permulaan percintaan, setiap saat bagaikan hela nafas yang membahagiakan. Apatah lagi apabila cinta mula berkembang sehingga ke jinjang pelamin. Simbolik cinta pastinya bersandar pada keindahan serta kemewahan kemilau berlian. Buat pasangan yang masih tercari-cari koleksi perhiasan mewah yang sempurna, GOLDHEART ada jawapannya.

Hadir dengan enam koleksi perhiasan yang sungguh indah lagi mewah, masing-masing bertatahkan berlian April Birthstone, yakni permata paling terkenal di dunia. Di GOLDHEART, setiap perhiasan berlian dipilih secara teliti dan yang berlian paling berkualiti yang mempunyai ciri kemilau yang bersinar, megah yang menjadi simbol kedalaman cinta murni.

GOLDHEART kini mempunyai empat butik di Malaysia. Tiga butik di Lembah Klang iaitu GOLDHEART Mid Valley Megamall, GOLDHEART Sunway Pyramid, dan GOLDHEART One Utama. Manakala satu butik lagi terletak di Johor Bahru iaitu GOLDHEART The Mall, Mid Valley Southkey.  Layari https://www.goldheart.com.my/ 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dilihamkan daripada aroma bunga musim bunga lantas auranya yang mengalir di antara hujung jari, GOLDHEART menterjemahkan kembali simbol semula jadi kedamaian & kelimpahan – dahan zaitun melalui reka bentuk bunga yang mempesona. Cincin berlian ini membias kelembutan dengan helaian daun bertatahkan berlian yang halus di setiap willow, hadir dalam rekaan emas putih 18k.

Your email address will not be published. Required fields are marked *