Puteri Sofia Tekad Perangi COVID-19 Dengan Menjadi Sukarelawan
Puteri Sofia, Duchess of Värmland serta isteri kepada Putera Carl Philip dari Sweden mencuri perhatian dunia baru-baru ini apabila mengumumkan dirinya bertekad memainkan peranannya sebagai seorang kerabat dengan menjadi sukarelawan dan bertugas sebagai pembantu perubatan bagi mengekang pandemik COVID-19. Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Kerabat Diraja itu turut menyatakan selepas menjalani beberapa siri latihan, beliau kini ditempatkan di Hospital Sophiahemmet, sambil berkongsi gaun medikalnya yang tertera nama ‘SOPHIA’.
Puteri Sofia, 35 tahun yang juga merupakan antara pengerusi kehormat di Hospital Stockholm menjelaskan, “Saya sekarang ditempatkan di salah satu jabatan rawatan hospital, bersama dengan rakan-rakan lain yang baru dilatih. Saya bertanggungjawab memberi sokongan kepada kakitangan kesihatan yang lain dengan tugas berbeza. Untuk mendapatkan peluang membantu mereka di waktu sukar ini sangat menyentuh hati.”
Khabarnya, Puteri Sofea mengambil shif dan bertugas dalam menguruskan aspek pembersihan di sekitar hospital dan membantu kebajikan pesakit. Sehingga kini, Sweden telah mencatatkan 13,000 kes positif COVID-19. Well done Princess Sofia!