#StayHomeWithGD: Sajian Kek Pisang Karamel - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Sajian Kek Pisang Karamel

Kebosanan pasti melanda kala fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Jangan khuatir, hilangkan kebosanan dengan hobi baru yang boleh dicuba iaitu mencuba resipi-resipi enak. GLAM Deko kongsikan sajian kek pisang karamel yang boleh dicuba.

Bahan-Bahan Kek

3/4 cawan mentega tanpa garam dilembutkan pada suhu bilik

3/4 cawan gula putih

3/4 cawan gula perang

3 biji telur saiz besar

3 cawan tepung serba guna

1 1/2 sudu kecil serbuk soda

1/2 sudu kecil garam

1 1/2 cawan susu

2 sudu kecil esen vanila

4 hingga 5 biji pisang dilenyekkan

1 1/2 sos karamel

Bahan-bahan Sos Karamel

2 cawan krim

1 1/2 cawan gula

1/2 cawan air

1/4 cawan mentega

1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan Krim Mentega Karamel

1/2 cawan mentega tanpa garam

1/2 cawan sos karamel

1 sudu kecil esen vanila

1/4 sudu kecil garam

1 1/2 cawan gula hangus

 

Cara Menyediakan Kek Pisang Karamel

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 325 darjah celsius. Sediakan tiga dulang pembakar berukuran 9 inci dan sapukan mentega di atas permukaan dulang.
  2. Pukul mentega bersama gula putih dan gula perang sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga adunan menjadi ringan.
  4. Satukan tepung bersama serbuk soda dan garam dalam mangkuk berlainan.
  5.  Satukan susu bersama esen vanila, pisang dan adun sebati.
  6. Kemudian, masukkan adunan tepung berselang dengan adunan susu pisang tadi. Pukul adunan sebati.
  7. Tuangkan adunan kek ke dalam dulang pembakar.
  8. Masukkan 1/2 cawan sos karamel ke atas setiap aduanan kek tadi. Sebatikan sos karamel ke dalam adunan kek menggunakan sudu.
  9. Bakar kek selama 40 minit atau sehingga kek masak
  10. Biarkan kek sejuk sebelum menghias dengan krim.
See also
GLAM Deko Tips - 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur

 

Cara Menyediakan Sos Karamel

  1. Panaskan krim di dalam pan di atas suhu api sederhana. Jangan biarkan krim mendidih.
  2. Panaskan gula bersama air di dalam pan berlainan di atas suhu api sederhana sehingga gula cair keperangan.
  3. Kemudian masukkan krim ke dalam adunan gula. Kacau sebati.
  4. Masukkan mentega dan garam dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Perlahankan suhu api dan biarkan karamel mendidih selama 5 minit atau sehingga karamel memekat.
  6. Biarkan karamel sejuk.

 

Cara Menyediakan Krim Mentega Karamel

  1. Pukul mentega bersama sos karamel, esen vanila dan garam sehingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi selama 2 hingga 3 minit atau sehingga adunan ringan gebu.