Fokus - Item Pelengkap Keselesaan Ruang - Glam Malaysia

Fokus – Item Pelengkap Keselesaan Ruang

Merehatkan diri di ruang kediaman pastinya mahukan kedamaian dan keselesaan. Dengan keadaan suhu dan kelembapan yang tidak menentu ini, gajet mampu membantu memastikan saat merehatkan diri di kediaman adalah lebih selesa dan mendamaikan. Selain fungsinya yang memenuhi kehendak tertentu, rekaan yang menarik menambahkan lagi tarikan sebagai pelengkap dekorasi untuk menyempurnakan gaya sebuah ruang di kediaman.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kipas Angin DYSON Pure Cool

Pelopor kepada rekaan kipas tanpa bilah ini kini membawakan idea produk yang diperbaharui yakni kipas yang disertakan sistem penapisan udara untuk memastikan udara yang berlegar dalam ruang kediaman lebih bersih dan segar. Dengan teknologi yang semakin dipertingkat, tekanan udara yang dihasilkan adalah lebih tinggi. Sistem penapisan juga ditambah dengan pengasingan dua jenis penapis yakni penapis karbon juga penapis HEPA. Ia bertindak bukan hanya pada habuk yang boleh anda lihat dengan mata kasar, kini ia semakin bijak dengan rekaan dilengkapi skrin yang menerangkan kondisi udara juga mod penggunaan kipas ini. Untuk pembaharuan kali ini, Dyson Pure Cool turut menambah fungsi pilihan putaran mencecah 350° untuk kitaran udara bersih yang lebih menyeluruh.

See also
Laporan Maison & Objet Paris 2016