Endometriosis & Kesihatan Mental - Jangan Menderita Dalam Kesunyian! - Glam Malaysia

Endometriosis & Kesihatan Mental – Jangan Menderita Dalam Kesunyian!

Adakah anda tahu endometriosis adalah salah satu keadaan yang paling sukar didiagnosis? Setakat ini, saringan khusus untuk mengenal pasti punca penyakit ini masih tidak diketahui dan setiap wanita menghadapi kesakitan ini berbeza-beza. Endometriosis merupakan kondisi di mana selaput endometrium bukan sahaja tumbuh di dalam rahim, tapi juga di luar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Penyakit ini menyebabkan kesakitan pelvis yang teruk semasa datang bulan.

Bulan Mac ini adalah Bulan Kesedaran Endometriosis dan Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) ingin berkongsi tentang kepentingan wanita menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan sokongan medikal dan perubatan yang sesuai.

Tanda Endometriosis

Satu dalam sepuluh wanita seluruh dunia menghadapi Endometriosis. Penyakit ini dijangka mengambil  tempoh masa tujuh tahun untuk didiagnos, 68% wanita muda yang salah didiagnos dan 30%-50% wanita dewasa mengalami risiko masalah kesuburan. Terdapat beberapa simptom Endometriosis yang dihadapi, termasuk keletihan, sakit pelvis yang teruk semasa datang bulan, pendarahan menstruasi yang banyak dan kesakitan ketika hubungan intim.

See also
Retorik: Imej Adalah Segala-galanya

Topik utama yang tidak sering dibincangkan adalah bagaimana kesakitan fizikal akan menimbulkan masalah kesihatan mental. Kerana Endometriosis tiada diagnosis spesifik, pesakit tidak dapat menjelaskan keadaan yang dirasai, ini boleh mengakibatkan keresahan dan kemurungan. Stigma sosial mengenai keadaan ini menambah kesusahan, menyebabkan pesakit mengasingkan diri kerana mereka tidak difahami atau didengari. Oleh itu, stigma sosial ini kemudian menghalang pesakit Endometriosis dari mencari bantuan yang diperlukan untuk merawat penyakit ini.

Menjadi sistem sokongan untuk mengurangkan kesan psikologi

Pakar Ginekologi dan Obstetrik SMCV, Dr. Wong Yen Shi menekankan kepentingan mendapatkan bantuan bukan sahaja dari pakar medikal tetapi juga dari kumpulan sokongan.

“Walaupun langkah pertama dan terpenting adalah untuk merawat kesakitan, ia juga penting bagi pesakit untuk mendapat sokongan daripada ahli keluarga, pasangan dan rakan mereka. Kesan psikologi penyakit ini yang melemahkan perlu ditangani dan tidak diambil ringan kerana ia boleh menjejaskan fungsi sosial mereka. Penurunan kualiti hidup, emosi negatif, tekanan, kebimbangan atau kemurungan mungkin adalah akibat kesakitan yang mereka mengalami ini.

Dr. Wong Yen Shi

Rintangan yang sedemikian boleh menyebabkan wanita berulang tidak hadir di kerja atau di sekolah, menghadapi kekerapan masuk hospital untuk merawat kesakitan – sekiranya 82% wanita tidak dapat menjalani aktiviti seharian mereka kerana kesan Endometriosis.”

See also
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Grammy 2016

Dr. Wong juga menerangkan beberapa cara untuk menyokong pesakit Endometriosis. Bermula dengan memahami Endometriosis – tanda, rawatan, kesan sampingan ubat serta apakah kesan penyakit ini kepada kehidupan pesakit.

“Seseorang boleh memberi sokongan kepada pesakit dengan menghubungi mereka dan bertanya baik atau menawar bantuan.  Memperhatikan tanda-tanda pesakit ketika mereka mengalami kesakitan. Ambil perhatian dan pada masa depan, memahami apabila mereka tidak dapat menghadir acara sosial kerana mereka mungkin merasai keletihan kronik,” mengatakan Dr. Wong.

Dapatkan Bantuan Profesional

Pesakit juga digalakkan menyertai kumpulan sokongan dan mendapatkan bantuan profesional jika mereka mengalami masalah emosi akibat Endometriosis. Profesional dan pakar boleh membimbing cara terbaik pesakit boleh menguruskan cabaran mereka dan menghadapi penyakit ini dengan lebih baik. Dengan peningkatan perbincangan dan kesedaran tentang kesakitan Endometriosis, pengalaman mereka akan dibiasakan dalam masyarakat.

Mengakhiri stigma sosial Endometriosis adalah tanggungjawab masyarakat. Marilah kita bekerjasama untuk membina pentas perjuangan untuk wanita yang menghadapi penyakit Endometriosis dan bertindak sebagai bantuan kepada wanita lain yang melalui cabaran sama.

See also
GLAM Memori: Dada Herzog Al-Attas