Giliran Rihanna Sumbang Dana Perangi Covid-19 - Glam Malaysia

Giliran Rihanna Sumbang Dana Perangi Covid-19

Wabak Covid-19 kian membimbangkan. Dek peningkatan kes dan kematian, masih belum ada tanda untuk surut selepas Malaysia mencatatkan sepuluh kematian setakat hari ini. Dan baru-baru ini, penyanyi popular dunia, Rihanna dikhabarkan menyumbang dana untuk memerangi Covid-19. Pelantun lagu hit Umberella itu menyalurkan sumbangan menerusi Clara Lionel Foundation, iaitu sebuah yayasan yang ditubuhkannya.

Menyumbang sebanyak US$5 juta bagi membantu rakyat Amerika Syarikat serta seluruh dunia, sumbangan itu digunakan bagi membantu dalam menyalurkan makanan untuk masyarakat AS yang berisiko, kajian dan uji selidik termasuk perawatan dan medikal untuk negara-negara yang terkesan hebat seperti Haiti dan Malawi.

Sumbangan ini juga dikhabarkan untuk membantu para doktor dan barisan hadapan dengan peralatan pelindungan seperti topeng muka, pemeliharaan unit perawatan intensif dan mempercepatkan penemuan vaksin dan kaedah lain untuk memerangi penyakit ini.

Untuk pengetahuan, Rihanna menubuhkan CLF pada tahun 2012. Yayasan ini berfungsi mendukung program-program pendidikan di kawasan-kawasan darurat di seluruh dunia.

See also
Senarai Trailer Dokumentari Fesyen Harus Tonton