Lawatan Muzium Saat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19? - Glam Malaysia

Lawatan Muzium Saat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19?

Terbangkan minda anda ke muzium terbaik dunia, tanpa perlu melanggar peraturan. Semakin banyak negara terjatuh akibat wabak coronavirus, dan kerajaan mengarahkan supaya rakyat mengamalkan “social distancing” di mana perintah kawalan pergerakan telah bermula beberapa hari yang lalu. Pengisytiharan ini juga menyebabkan hampir kesemua muzium dan galeri seni di seluruh dunia ditutup. Malah, perniagaan serupa gaya hidup lain seperti panggung wayang, teater serta restoran atau bar digalakkan untuk berhenti beroperasi sementara waktu. Tetapi terdapat beberapa muzium yang dapat dilawati hanya dari keselesaan rumah anda sendiri.

 

1. Louvre, Paris, France

Photo: Deyda Shahril

Muzium Louvre Paris ini menawarkan tiga lawatan alam maya termasuk salah satu parit yang merupakan perimeter asal Louvre apabila ia mula dibina sebagai kubu kuat oleh raja Perancis, Phillippe Auguste. Pelancong secara online juga boleh menerokai koleksi barang-barang artifak kuno Mesir atau melihat Galerie d’Apollon, sebahagian daripada Louvre yang baru dipulihkan, dan juga terkenal dengan siling berkubah tinggi dengan lukisan termasuk “Apollo slaying the serpent Python” oleh Delacroix.

See also
Terowong Bunga Wisteria Di Jepun Memukau Pengunjung

Virtual Visit Louvre, Paris : https://www.louvre.fr/en/visites-en-ligne

2. Musée d’Orsay, Paris, France 

Photo: Dreamstime.com

Di seberang sungai Seine, terletaknya Musée d’Orsay, dahulunya merupakan sebuah stesen keretapi, yang kini menjadi rumah kepada karya-karya seni seperti “Self Portrait” karya Vincent van Gogh, satu daripada lebih empat puluh potret diri yang dicipta oleh artis itu selama satu dekad. Kepada orang ramai yang ingin melihat koleksi karya post-impresionis yang lebih meluas, boleh tuju ke laman Google Arts & Culture.

Google Arts & Culture : https://artsandculture.google.com/partner/musee-dorsay-paris?hl=en

 

3. Thyssen-Bornemisza National Museum, Madrid, Spain 

Photo: Ladies What Travel Museo Thyssen, Madrid.

Muzium ini berada di “Golden Triangle of Art” ibu kota Sepanyol dan mempunyai pameran yang penuh dengan karya Rembrandt dan sezamannya di Amsterdam. Lawatan alam maya Thyssen merangkumi pameran yang mungkin diizinkan untuk pelancong, termasuk koleksi “Balenciaga and Spanish paintings”, yang menyampaikan kepingan seni bersama reka bentuk oleh pereka busana terkenal yang merujuk kepada karya-karya ini.

Karya Rembrandt : https://static.museothyssen.org/microsites/exposiciones/2020/Rembrandt/index_in.htm?_ga=2.85457945.1634159812.1584550656-746559554.1584550656 

See also
Demam Filem 'Barbie', GLAM Kongsi 8 Selebriti Malaysia Bergaya Serba Pink

Balenciaga and Spanish paintings : https://static.museothyssen.org/microsites/exposiciones/2019/Balenciaga/vv/index.htm?startscene=1&startactions=lookat(11,-6,60,0,0)

 

4. Vatican Museums, Rome, Italy

Photo: Travel Notes

Bagi peminat karya seni siling, Muzium Vatican ini menawarkan pandangan versi online lukisan Michelangelo di Gereja Kecil Sistine. Pengunjung juga boleh mendapatkan lawatan 360 darjah pahat ukiran klasik Vatican di muzium Pio Clementino dan Chiaramonti.

Lawatan 360 Darjah Vatican : http://www.museivaticani.va/content/museivaticani/en/collezioni/musei/tour-virtuali-elenco.1.html 

5. State Hermitage Museum, St. Petersburg, Russia

Photo: Saint-Petersburg.com

Sekiranya anda mempunyai lima jam untuk diluangkan, periksa perjalanan video muzium ini yang merupakan sebagai muzium kedua terbesar di dunia. Muzium ini menempatkan kira-kira tiga juta artifak seni dan budaya, termasuklah lukisan oleh seniman Belanda abad ke-17 Rembrandt, seperti “The Return of the Prodigal Son”.

Five hours of Journey of State Hermitage: https://www.youtube.com/watch?v=49YeFsx1rIw 

 

6. Smithsonian National Portrait Gallery, Washington D.C., U.S. 

Photo: Picasa, National Portrait Gallery

Tersedia di Seni & Budaya Google adalah lawatan di sekitar galeri Smithsonian yang merangkumi sebanyak 23,000 karya seni, termasuk koleksi potret presiden Amerika Syarikat dan semua first ladies-nya. Karya-karya lain termasuk potret fotografi ikon budaya Amerika seperti Ella Fitzgerald dan Louis Armstrong.

See also
Retorik: You Can’t Sit With Us

Smithsonian’s Gallery of 23,000 Artworks : https://artsandculture.google.com/partner/national-portrait-gallery