GLAM Exposé: Seribu Kisah Anak Angkat - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Seribu Kisah Anak Angkat

Sudah menjadi lumrah manusia apabila berkahwin pasti saat yang dinanti-nantikan adalah kehadiran cahaya mata yang bakal menyinari kehidupan berumah tangga. Pun begitu bagi yang sudah bertahun menunggu zuriat tetapi masih belum diberikan rezeki, anak angkat menjadi solusi kepada keinginan memiliki cahaya mata. Biarpun bukan darah daging, tetapi anak itu dijaga seperti anak sendiri bahkan ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Di Malaysia ada dua cara mengambil anak angkat. Cara pertama dan paling mudah adalah berurusan terus dengan ibu bapa kandung bayi itu. Cara kedua ialah melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seterusnya ke Jabatan Pendaftaran Negara. Sekurang-kurangnya RM30,000 diperlukan untuk urusan tersebut. Mengambil anak angkat tidak kira mengambilnya daripada ibu kandung sendiri atau melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengikuti beberapa prosedur agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

 

Isu ini GLAM Expose terpanggil untuk berkongsi beberapa kisah mengenai anak angkat. Kisah pertama ini menceritakan anak angkat keluarga kenamaan. Bukan untuk mempersoalkan statusnya sebagai anak angkat tetapi orang sekeliling banyak bercakap mengenai perangainya yang seperti lebih kuah daripada sudu. Ya Tuhan kalau di majlis dia ini berlagak diva dan tidak akan bercakap dengan orang yang tidak dikenalinya. Jauh berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Kalau di fashion show janganlah berani-berani tempatkan dia second row kalau tak nak tengok dia mengamuk. Rezeki dia menjadi anak angkat kepada keluarga ternama, tetapi dia salah menggunakan nikmat itu dengan melayan orang kurang berkemampuan tidak ubah seperti anjing kurap. Kalau di rumah pembantu rumahnya dimaki hamun seperti tidak punya perasaan. Padahal mak ayah kandungnya orang susah di Terengganu. She will definitely be pissed off when it comes to meet her real parents during Hari Raya. Puas dipujuk mak ayah angkatnya barulah dia balik Terengganu. Itu pun tidur hotel, tak mahu dia bermalam dengan adik-beradiknya yang miskin.

Dan cerita mengenai anak angkat arwah Tan Sri ini agak sedih. Sepanjang hayat Tan Sri memang anak angkat inilah yang membantunya dalam mengendalikan perniagaan semenjak dia kecil lagi. Sementara tiga anak lelaki kandung Tan Sri semuanya sibuk berjoli dan menghabiskan malam mereka di kelab malam. Si anak angkat ini sedar statusnya dan ikhlas menyayangi Tan Sri dan Puan Sri seperti ibu bapa kandungnya. Siapa sangka kematian mengejut Tan Sri akibat serangan jantung membuatkan dunia anak angkatnya serta-merta gelap. Ya dia tahu dia memang sama sekali tidak berhak ke atas satu sen harta Tan Sri kerana tiada hubungan darah. Tiga beradik yang lain berpakat singkirkan namanya daripada syarikat dan menghalaunya dari rumah agam Tan Sri. Puan Sri pun tidak mampu berbuat apa-apa apabila tiga anak lelakinya rakus dengan harta peninggalan ayah mereka. Hari ini anak angkat arwah Tan Sri ini memulakan hidupnya dari bawah dan kerja makan gaji. Mujur pendidikan tinggi yang diberi Tan Sri menyelamatkannya untuk bekerja sebagai jurutera. Tetapi hidupnya tidak lagi semewah dulu dan paling sedih hidupnya sebatang kara dek dibuang adik-beradik angkat.

See also
Model Victoria's Secret Ming Xi Kecewa Dengan Diri Sendiri

Wajah Datin ini sering kali kita lihat di majlis-majlis ibu kota. Dulu semua tahu dia tersangat mahukan zuriat kerana setelah empat tahun berkahwin masih belum punya rezeki. Dengan mengambil anak angkat, dia dan Datuk teramat bahagia. Anak angkat perempuan mereka dijaga sebaik mungkin sehingga akhirnya ketika anak angkat mereka berusia empat tahun, Datin was finally expecting her first child! Bahagialah Datin apabila dia kini berasa telah sempurna menjadi wanita dengan melahirkan zuriatnya sendiri. Tetapi yang tidak seronok didengar khabarnya setelah hamil perhatian kepada anak angkatnya berkurangan. Persiapan untuk anak sulungnya bagaikan menyambut kunjungan Raja. Lahir sahaja puteri sulungnya, anak angkat bukan lagi kepentingannya. Dia menjadi terlalu obses dengan anak sendiri sehinggakan anak angkat seakan disisihkan. Datuk terkadang terlupa yang dia juga sudah banyak abaikan anak angkatnya itu. Hidup anak angkat menjadi tempat Datin dan anak kandungnya melampiaskan marah. Life of the adopted daughter is slowly turned into a Cinderella story. Hidupnya tak ubah seperti pembantu rumah. Datin cukup malu kalau ada yang tahu dia punya anak angkat. Dan sewaktu anak angkatnya berusia sepuluh tahun dia melarang anak itu memanggilnya Mama sebaliknya digantikan dengan gelaran Puan. Teman-teman yang bertandang ke rumah mati-matian ingatkan itu pembantu rumahnya,

Sosialit yang berusia 30-an ini satu masa dulu pernah hilang seketika iaitu selama dua tahun. Lama wajahnya tak muncul di parti-parti glamor tanah air. Saya diceritakan yang pada waktu itu dia mengandungkan anak luar nikah dan lelaki yang pada mulanya mahu menerima anak itu tinggalkannya sewaktu kandungannya berusia lapan bulan. Maka dia teramat benci dengan lelaki itu termasuk bayi yang dikandungnya. Dia mahu gugurkan sahaja tetapi sudah terlambat dan bertekad untuk buang bayi itu sebaik dilahirkan. Temannya pantas menawarkan untuk mengambil anak itu sebagai anak angkatnya. Dia benarkan dengan syarat tidak mahu lagi melihat wajah anaknya itu. Dua tahun selepas itu dia berkahwin dan memulakan hidup baru. Nasib malang, ditakdirkan suaminya mandul, menginginkan zuriat dari darah dagingnya, dia mencari semula temannya dulu dan merayu-rayu meminta anaknya semula. Tetapi kawannya itu terlalu sayangkan anak dan anaknya pula tidak mahu mengikut ibu kandungnya.

See also
GLAM Memori: Dada Herzog Al-Attas

Kalau sudah berduit, pastinya segala macam rawatan dilakukan demi memperoleh zuriat. Tetapi andai Allah masih belum mahu memberi rezeki jalan terakhir ialah mengambil anak angkat. Toh Puan dan suami sudah ada empat anak angkat. Ratusan ribu juga dihabiskan hanya untuk mengambil anak angkat demi menyerikan kehidupan mereka suami isteri. Toh Puan pun takut kalau suaminya cari bini lain alasan tidak punya anak, dan dia berharap kehadiran anak-anak angkatnya dapat mengikat kasih sayangnya dengan suami. Apabila semua anak-anak sudah dewasa dan belajar di luar negara, Toh Puan mula berasa sunyi. Membuat perniagaan perkahwinan, dia berminat dengan seorang pekerja perempuannya yang berusia 16 tahun. Cantik budaknya dan sangat ringan tulang. Pokok pangkalnya perwatakannya memang menyenangkan. Anak orang susah, adik-beradik 10 orang dia tidak bersekolah sebab mahu menolong mak dan ayah. Apabila dilamar menjadi anak angkat kepada Toh Puan, tergedik-gediklah gadis sunti ini. Terus berpindah ke rumah mewah dan menemani Toh Puan dan suami. Semakin menginjak dewasa, anak angkatnya ini semakin cantik. Pada usia 23 dia meminta kebenaran untuk tinggal sendiri dengan alasan mahu berdikari. Tersentak jantung Toh Puan rupa-rupanya anak angkatnya itu bernikah dengan suaminya yakni bapa angkatnya sendiri! Toh Puan mendapat berita ini daripada teman baik suaminya sendiri. Tegarnya hati anak angkat yang disayangi berkhianat sedemikian rupa. Toh Puan berduka seperti tiada penawar lagi buatnya.

See also
Datin X: Derita Datin Cantik, Dua Kali Kahwin Datuk, Dua Kali Juga Di cerai

Masih ingat apabila bencana alam yang paling mengerikan di Aceh Indonesia? Bumi Aceh pernah ditelan ombak rakus Tsunami yang membunuh ramai penduduk di sana. Tragedi itu membuatkan anak-anak kecil sekelip mata menjadi yatim piatu dan meraih simpati dunia. Kebetulan Datuk ini berkawan rapat dengan orang kedutaan Indonesia dan dia melahirkan niatnya untuk menolong dua kanak-kanak perempuan yang kehilangan ibu dan ayah mereka. Datin hanya menerima mereka dengan hati terbuka kerana kebetulan anak-anaknya semuanya sudah besar-besar panjang. Untungnya kanak-kanak ini menjadi anak angkat keluarga keluarga berada. Mereka berdua disekolahkan di International School terkenal di ibu kota. Daripada sepatah haram tidak tahu bertutur Bahasa Inggeris, hari ini mereka sangat fasih and they even speak with a British accent. Tetapi siapa sangka kebahagiaan dua anak angkat ini rupa-rupanya berselubung dengan kisah hitam. Datuk bernafsukan pedofil. Bayangkan sejak usia empat tahun lagi dua budak perempuan ini sudah diraba Datuk. Mula-mula Datuk tak berani sangat. Kata anak angkat, pada usia lapan tahun mereka sudah menjadi hamba seks kepada Datuk tanpa pengetahuan Datin! Dirogol dengan alasan itu sebagai tanda mereka membalas jasa baik Datuk pada mereka. “This is how you should thank me or else you will be thrown back where you came from, unloved and poor, and never tell this to anyone,” begitulah ayat ugutan Datuk setiap kali mahu melakukannya. Keperitan itu tiada henti sehingga mereka sudah mempunyai bentuk badan wanita dan Datuk sudah tidak menghendaki mereka. Kerana dia hanya bernafsukan kanak-kanak perempuan. Rahsia ini masih tidak diketahui Datin dan adik beradik angkat mereka yang lain. Mereka kini menuntut di luar negara.

Begitulah sebahagian kisah mengenai anak angkat yang boleh dikongsikan di sini. Saya pasti masih banyak lagi cerita anak angkat yang meruntun hati yang terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Sesungguhnya menjaga dan memelihara anak angkat itu perbuatan mulia lebih-lebih lagi jika anak angkat itu anak yatim piatu tetapi niat perlu ikhlas. Mereka itu amanah Tuhan dan perlu diasuh sebaik mungkin agar mereka membesar dengan sahsiah yang terpuji.

Teks: Tengku Ashley Hassan