Model Bertuah Yang Dipilih Menggayakan Fantasy Bra Victoria's Secret

Legasi Fantasy Bra Victoria’s Secret Diteruskan Untuk 2017

Saban tahun peminat-peminat Victoria’s Secret pasti tidak senang duduk menantikan pengumuman-pengumuman penting perihal lokasi eksklusif pertunjukan, barisan model yang akan menyertai pertunjukan fesyen tahun ini, artis mana yang bakal membuat persembahan, tema-tema koleksi yang ditampilkan dan yang paling menggerunkan buat barisan model adalah pemakai Fantasy Bra tahun itu.

 

Foto Starmax/Newscom via ZUMA Press

Dengan kiraan masa kurang daripada sebulan ini, Victoria’s Secret telah memberi penghargaan kepada model anggun kelahiran Brazil, Lais Ribeiro untuk memperagakan “Champagne Nights” Fantasy Bra tahun ini.

 

Lais mula membuat penampilan atas pentas Victoria’s Secret pada tahun 2010 dan dinobatkan sebagai seorang Angel pada tahun 2015 dalam satu detik penuh emosi. Peluang untuk memakai Fantasy Bra tahun ini merupakan kemuncak buat Lais sebagai seorang Angel Victoria’s Secret.

 

Lais menyatakan yang dia tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai berita gembira dan hanya mendapat tahu apabila tiba gilirannya untuk sesi fitting.

See also
Emporio Armani Menuju Masa Depan Yang Lebih ‘SUSTAINABLE’

 

“Saya tidak tahu langsung [sesi fitting] ini adalah untuk bra tersebut — saya masuk dan apabila saya mencuba bra tersebut, saya menangis; ia sesuatu yang menakjubkan,” ujar Lais kepada Vogue.

 

Pengumuman itu telah dibuat dengan cara yang sangat kasual melalui klip video Vogue menampilkan model menawan itu dalam Fantasy Bra tersebut sebelum mereka menyatakan jurufoto mereka untuk sesi penggambaran akan tiba lambat. Jadi Lais dilihat melakukan tugas-tugas harian sambil memakai bra bernilai $2 juta itu.

 

✨Putting on the glitz as we celebrate @laisribeiro & the 2017 #VSFantasyBra. Click link in bio to shop her look! #VSFashionShow

A post shared by Victoria’s Secret (@victoriassecret) on

Champagne Nights Fantasy Bra yang bernilai jutaan dollar ini telah direka oleh Mouwad Jewelry dengan perincian keemasan yang dihiasi berlian, intan kuning, dan topaz biru.