Victoria Beckham dan Estée Lauder Kembali Untuk Koleksi Terbaru

Cantik

Victoria Beckham dan Estée Lauder Kembali Untuk Koleksi Terbaru

444

Ibu kepada empat, pereka fesyen, penerima OBE, dan tidak lupa juga sebagai peminat industri kecantikan, Victoria Beckham bakal melancarkan koleksi keduanya bersama Estée Lauder yang menampilkan 18 produk terbaru yang diinspirasikan oleh bandar-bandar kegemaran Beckham.

 

Fokus utama Beckham untuk koleksinya kali ini adalah: nude. Dia juga telah menawarkan dirinya untuk membintangi kempen koleksi ini.

 

“Bagi saya, koleksi kedua ini adalah untuk meraikan fesyen dan warna. Koleksi ini juga diinspirasikan oleh bandar-bandar kegemaran saya di setiap pelosok dunia. Saya menghasilkan lima gaya yang berbeza berdasarkan bandar-bandar yang saya lazim lawati. Koleksi mekap ini menggambarkan visi peribadi saya terhadap kecantikan dan saya berharap ia akan membuatkan setiap wanita yang menggunakan produk-produk ini merasa cantik dan yakin,” terang Beckham dalam satu temubual bersama W.

 

Koleksi ini juga mengembangkan lagi siri produk yang tidak terdapat dalam koleksi sebelum ini seperti maskara, blush, dan  powder. Pembeli juga berpeluang untuk mendapatkan 2 set edisi terhad.

 

“Menyambung kejayaan daripada kerjasama koleksi mekap pertama kami tahun lepas, kami merasa teruja untuk meneruskan kerjasama ini bersama Victoria,” nyata Stephane de La Faverie, Presiden Jenama Global, Estée Lauder.

Your email address will not be published. Required fields are marked *