Festival muzik Coachella terus hangat berlangsung pada minggu kedua! Jika minggu lalu, gaya festival selebritiyang hadir mencuri perhatian, kali ini kehadiran penyanyi lokal yang mencipta nama di Amerika, Yuna pula diperkatakan.
Yuna menerusi akaun Instagramnya @yunamusic memuat naik beberapa keping gambar selama tiga hari dia berlibur di sana. Stail pilihannya cukup bersahaja, top cetakan flora serta rona terang jadi kunci gayanya. Tidak lupa juga kardigan sutera dari Hatta Dolmat membias gaya festival yang cukup effortless.