YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik - Glam Malaysia

YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik

Kehadiran platform digital seperti Uber, Grab dan AirBnB telah mengubah cara hidup kita dan mencipta peluang pendapatan baru untuk orang ramai. Gelombang aplikasi digital ini sedikit sebanyak memberikan persaingan sihat kepada industri pemasaran dan pembelian produk dan juga perkhidmatan.  Aplikasi digital ini juga sudah semestinya memberikan manfaat dan faedah yang sangat baik kepada pengguna masa kini.

Seiring dengan dunia digital, Avicenna Technologies Sdn Bhd tampil dengan TEMPAH, sebuah platform digital Islamik yang menggalakkan peluang perniagaan untuk umat Islam, terutamanya suri rumah dan restoran dalam memasarkan hidangan mereka.

TEMPAH merupakan satu-satunya hub tempahan makanan secara dalam talian menerusi aplikasi yang menawarkan 100% rangkaian pilihan makanan yang berkonsepkan makanan Muslim. Bakal dilancarkan di AppStore dan Playstore, ia menjanjikan ciri-ciri tempahan yang mudah, ringkas dan yang paling penting makanan yang disediakan adalah Muslim Friendly.

Turut hadir pada pelancaran yang bertempat di Black Kettle, Pulau Pinang adalah YB Nurul Izzah yang turut mengalakkan agar semua orang lebih-lebih lagi buat kaum wanita, suri rumah dan mereka yang aktif dalam perusahaan F&B untuk mengambil peluang ini untuk memajukan diri, dan pada masa yang sama mencipta mata pencarian.

See also
Sejenak - Pilihan Perhiasan Atas Talian

Pengguna dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini boleh membuat tempahan makanan pilihan bermula pada 11hb September 2019 bagi pengguna di pulau khazanah makanan iaitu Pulau Pinang dan bermula pada 17hb September 2019 bagi pengguna di Kuala Lumpur.