Pengajaran Kepada Will Smith Apabila Willow Mencukur Rambutnya - Glam Malaysia

Pengajaran Kepada Will Smith Apabila Willow Mencukur Rambutnya

Ingat lagi detik di mana Willow Smith mencukur rambutnya pada tahun 2012? Hal itu merupakan satu pengajaran hidup yang amat bermakna buat bapanya, Will Smith.

 

 Dalam video eksklusif “Footnotes fo Adnis” yang dikeluarkan oleh Jay-Z itu telah menampilkan Will Smith dan beberapa lagi nama besar dalam industri seperti Chris Rock, Mahershala Ali, dan ramai lagi. Dalam video itu juga kesemua lelaki-lelaki ini diminta untuk berkongsikan kisah hidup mereka secara terbuka.

 

Salah satu perkara yang dibincangkan oleh mereka adalah mengenai perkara yang mereka telah belajar daripada bapa mereka dan apa yang telah pelajari daripada anak-anak mereka.

 

Kisah Will Smith mempunyai kaitan dengan anak perempuannya itu dan ketika dia mencukur rambutnya sendiri ketika berusia 11 tahun.

 

Willow yang ketika itu sedang sibuk dengan jelajah “Whip My Hair” menyatakan keginginannya untuk tidak meneruskan jelajahnya itu namun terpaksa akur dengan desakan bapanya pada masa itu.

See also
Kendall Jenner Pula Dikatakan Hamil?

 

“Kami turun ke bawah dan dia sudah mencukur botak rambutnya. Dia cukur semua rambutnya di tengah-tengah jelajah itu. Saya terus berfikir, ‘Oh, s—.'” Dan pada masa itulah Will telah menyedari kesilapannya.

 

Dia tidak mengambil endah keperluan anaknya dan hanya memikirkan apa yang dia mahukan. “Saya melihat gadis muda itu dan berfikir lagi, ‘Saya faham. Kamu tidak perlu laig melalui masalah sebegini kerana saya lagi. Kita boleh pergi sekarang.'”

 

Apa yang dipelajari oleh Will daripada Willow adalah dia sedar yang dia tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya dengan kelakuannya.

 

Isterinya Jada Pinkett Smith juga mengeluarkan kenyataan kepada mereka yang mempersoalkan kredibilitnya sebagai ibu kerana membenarkan Willow untuk berbuat demikian pada usia yang muda.