Video Taylor Swift Dinanti-nanti Ramai Akhirnya Dilancarkan di VMAs! - Glam Malaysia

Video Taylor Swift Dinanti-nanti Ramai Akhirnya Dilancarkan di VMAs!

The old Taylor is dead?

 

 

Taylor Swift baru sahaja melancarkan video muzik buat lagu sulung baharunya, “Look What You Made Me Do“, di pentas Anugerah Video Muzik MTV 2017, kelmarin.

 

Video yang dinanti-nantikan ramai ini bermula dengan adegan penyanyi itu merangkak keluar dari sebuah kubur, berlumuran dengan kekotoran. Kemudian, ia terpotong lalu menunjukkan klip-klip beliau dalam sebuah tab mandi, dipenuhi dengan batu permata melimpah-ruah. Penyanyi itu juga dilihat bersama sekumpulan jejaka memakai baju crop “I Love T.S.”, kemungkinan memberikan petunjuk akan helaian baju yang pernah disarung bekas teman lelakinya, Tom Hiddleston di sebuah parti pada 4 Julai 2016.

 

 

Adegan terakhir menunjukkan Taylor berkata-kata tentang video muziknya yang lama, saat kontroversi beliau di mata umum, termasuklah pergaduhan beliau bersama Kanye West. “I would like to be excluded from this narrative,” katanya kepada beberapa klon yang sedang menyarungkan gaya-gaya ikonik beliau. 

See also
Isu Kendall Jenner Sebagai Muka Hadapan Vogue India Sempena Ulangtahun Ke-10 mereka

 

Lagu ini merupakan single pertama Taylor dari album keenamnya, yang berjudul Reputation. “Taylor sedang memberi wajah baharu kepada imejnya”, kata seorang sumber kepada Us Weekly. “Beliau gemar bermain dengan vibe berlainan buat setiap albumnya, tetapi kali ini, ia benar-benar menonjol dari yang lain.”

 

 

Video lirik buat lagu ini memecah rekod sedia ada, dengan lebih 19 juta tontonan, hanya dalam jangka masa 24 jam di lama YouTube, sekali gus membuat lagu ini debut terbesar Taylor semenjak “Bad Blood” pada tahun 2015. 

 

Lihat video penuh di bawah!