Ucapan Meryl Streep Yang Menyentuh Perasaan di Golden Globes - Glam Malaysia

Ucapan Meryl Streep Yang Menyentuh Perasaan di Golden Globes

Foto: Sara De Boer/startraksphoto.com -KRL10564

Foto: Sara De Boer/startraksphoto.com
-KRL10564

Meryl Streep pelakon veteran yang terkenal dengan hasil lakonannya dalam ‘Manhattan’, ‘Adaptation’ ‘The Devil Wears Prada’, ‘Julie & Julia’, dan ‘Mamma Mia!’ sehingga diberi gelaran “pelakon wanita terbaik generasinya” di mana Meryl sendiri menyangkal gelaran tersebut.

 

Meryl yang baru dianugerahkan dengan Anugerah Cecil B. DeMille untuk pencapaian sepanjang hayatnya semasa Anugerah Golden Globe ke-74 semalam telah membawakan kesedaran kepada para hadirin majlis anugerah tersebut dan juga khalayak umum dengan ucapannya yang secara tidak langsung membicarakan Presiden-Pilihan Donald Trump.
 
Meryl Streep accepts the Lifetime Achievement Award at the 74th Annual Golden Globe Awards at the Beverly Hotel in Beverly Hills, CA on Sunday, January 8, 2017.

 

Ucapan Meryl pada malam tersebut boleh didapati di bawah:

Apa sahajalah Hollywood? Ianya cumalah beberapa orang daripada tempat yang berlainan. Saya dilahirkan dan dibesarkan dan dihasilkan di sekolah awam di New Jersey. Viola [Davis] dilahirkan dalam sebuah kabin di South Carolina, dan membesar di Central Falls, Long Island. Sarah Paulson dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di Brooklyn. Sarah Jessica Parker merupakan salah seorang anak daripada tujuh ata lapan adik-beradik dari Ohio. Amy Adams dilahirkan di Itali. Natalie Portman dilahirkan di Jerusalem. Di manakah sijil kelahiran mereka? Ruth Negga yang menawan dilahirkan di Ethiopia, dibesarkan di-tidak, di Ireland, saya percaya. Dan dia berada di sini dicalonkan untuk peranannya sebagai seorang gadis pekan keicl dari Virginia. Ryan Gosling, seperti semua orang yang baik, merupakan orang Canada. Dan Dev Patel dilahirkan di Kenya, dibesarkan di London, berada di sini untuk memainkan [peranan] orang India yang dibesarkan di Tasmania.

 

Hollywood penuh dengan orang luar dan orang asing. Jika anda menghalau mereka semua, anda tidak akan dapat menyaksikan apa-apa pun selain bola sepak dan seni mempertahankan diri bercampur, yang bukannya seni pun. Mereka memberikan saya tiga saat untuk mengatakan ini. Satu-satunya kerja seorang pelakon adalah untuk memasuki kehidupan insan-insan yang berbeza daripada kita dan membolehkan anda merasakan apa yang mereka rasa. Dan terdapat banyak persembahan yang hebat tahun ini yang meyampaikan perkara tersebut, kerja yang menakjubkan dan penuh keghairahan.

 

Terdapat satu persembahan tahun ini yang memegunkan saya. Ia merobek hati saya. Bukan sebab ianya bagus. Tiada apa yang bagus mengenainnya. Tetapi ianya efektif dan menjalankan tugasnya. Ianya membuatkan audiens sasaran ketawa dan menampakkan gigi mereka. Detik itulah apabila individu yang meminta untuk duduk di tempat yang paling dihormati di negara kita mengajuk seorang wartawan kelainan upaya, seseorang yang dia atasi melalui hak isitimewa, dan keupayaan untuk melawan balik. Hati saya sakit apabila saya melihatnya. Saya masih tidak boleh mengeluarkannya daripada kepala saya kerana ianya bukan sebuah filem. Ianya kejadian sebenar.

 

Dan naluri untuk memalukan ini, aabila dilakukan oleh seseorang yang berada di platform umum, oleh seseorang yang berkuasa, ianya menapis ke dalam hidup semua orang, kerana ianya seperti memberi kebenaran untuk orang lain melakukan perkara yang sama. Sikap tidak menghormati menjemput sikap tidak menghormati. Keganasan menguja keganasan. Dan apabila orang yang berkuasa menggunakan kedudukan mereka untuk membuli orang lain, kita semua kalah.

 

Ini membawakan saya kepada akhbar. Kita memerlukan akhbar yang berprinsip untuk memegang kuasa untuk pertanggunjawabkan, memanggil mereka di atas karpet untuk setiap amarah. Kerana itulah pengasas kita memaktubkan akhbar dan kebebasannya dalam perlembagaan kita. Jadi saya meminta Hollywood Foreign Press yang terkenal dan bijaksana dan semua di dalam komuniti kitai untuk bersama saya dalam menyokong jawatankuasa untuk melindungi para wartawan. Kerana kita memerlukan mereka untuk maju ke hadapan. Dan mereka memerlukan kita untuk melindungi kebenaran.

 

Lagi satu perkara. Semasa saya sedang berdiri di set pengambaran mengadu tentang sesuatu, kami akan bekerja sehingga lewat malam, atau masa yang panjang atau apa sahajalah, Tommy Lee Jones berkata kepada saya, bukankah ianya suatu keistimewaan, Meryl, hanya dengan menjadi seorang pelakon. Ya sememangnya. Dan kita harus saling mengingatkan antara satu sama lain akan hak istimewa dan tanggungjawab empati. Kita patut berasa sangat bangga dengan karya-karya yang Hollywood memberikan penghormatan pada malam ini.

 

Seperti yang pernah dikatakan oleh mendiang Puteri Leia kepada saya, ‘take your broken heart, make it into art’. Terima kasih.