Tyra Banks Kembali Kepada ANTM & Tiada Lagi Had Umur
Selepas mengumumkan bahawa Tyra Banks bakal kembali sebagai pengacara (GLAM Team scream) rancangan pencarian model terkenal di dunia America’s Next Top Model, Banks mengumumkan perubahan baru kepada format rancangan tersebut.
Dengan kembalinya Banks sebagai pengacara rancan hit tersebut, dia juga telah menyingkirkan had umur (27 tahun) untuk peserta yang telah ditetapkan semenjak episod pertama lagi.
Semasa musim ke-23, Banks mengundurkan diri daripada posisi pengacara dan hanya memerhatikan di sebalik kamera sahaja sementara Rita Ora mengambil alih untuk musim tersebut.
“Anda semua tahu yang saya sudah memperjuang kecantikan pelbagai dan memadam cookie-cutters dalam menentukan kecantikan. Sudah 23 kitaran America’s Next Top Model dam untuk setiap kitaran, kami berkata, ‘Anda perlu berusia 27 tahun atau lebih muda.’ Anda tahu apa yang saya selalu dengari? ‘Tyra! Kenapa adanya had umur?’ Jadi saya akan meyingkirkan had umur. Anda mahu menguji bakat untuk America’s Next Top Model? Saya tidak kisah berapa umur anda, honey, anda hanya perlu tahu cara untuk smize dan terbuka untuk belajar cara untuk mengendalikan pentas peragaan seperti seorang supermodel.”