Top Model Lindsey Wixon Umumkan Persaraan - Glam Malaysia

Top Model Lindsey Wixon Umumkan Persaraan

Kerjaya sebagai seorang model bukanlah satu kerjaya yang mudah walaupun ramai yang menyimpan impian to become one hanya untuk glamor yang datang sekali dengan kerja ini. Kehidupan yang sibuk dengan castings, pertunjukan fesyen, sesi penggambaran, dan juga standard kehidupan sebagai seorang model juga tidak boleh diambil ringan.

 

Model Lindsey Wixon yang terkenal dengan bentuk bibirnya telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia peragawan ikutan kecederaan yang dia alami (tendon terkoyak bada ibu jari kakinya) yang membuatkan dia kini tidak lagi boleh mengenakan kasut bertumit tinggi.

 

Wixon memulakan kerjayanya sewala usia 15 tahun pada tahun 2009 apabila dia dipilih oleh Steven Meisel sendiri melalui klip video Models.com dan membuka peluang untuk gadis itu dijadikan muka hadapan buat Vogue Italia.

 

Sejak itu Wixon mula membina asas yang kukuh untuk namanya sendiri dalam dunia fesyen. Berjalan untuk 259 pertunjukan fesyen, 170 kerja editorial, dan menghiasi 69 muka hadapan majalah antarabangsa.

See also
Mariah Carey Berpisah Dengan Teman Lelakinya Angkara Cemburu

 

Walaupun dia mengumumkan persaraanya dengan berat hati, dia sempat meyakinkna peminat-peminatnya yang dia punyai banyak perkara yang dia boleh lakukan untuk menggantikan kariernya.

 

Wixon nampaknya bakal menceburi bidang rekaan di bawah nama Wixon Design di mana dia akan menghasilkan sajak, lekapan, dan juga hiasan dalaman.

 

See also
Penyatuan Nick Jonas & Priyanka Chopra Sebagai Suami Isteri Disambut Meriah