Surat Terbuka Amber Heard Menyentuh Perasaan - Glam Malaysia

Surat Terbuka Amber Heard Menyentuh Perasaan

Amber Heard

 

Amber Heard memfailkan penceraiannya dengan Johny Depp pada awal tahun ini dan semenjak itu, Amber sangat lantang bersuara mengenai keganasan rumah tangga yang berlaku kepada ramai wanita di seluruh dunia.

 

Amber mendermakan semua $7 juta yang diterimanya melalui perceraiannya kepada badan kebajikan dan dia seterusnya mengeluarkan satu video yang menceritakan pengalaman dan perasaannya sebagai mangsa keganasan rumah tangga.

 

“Saya rasa ada perasaan malu yang dilekatkan sekali dengan label ‘mangsa’ itu. Ianya terjadi kepada ramai wanita. Anda tidak keseorangan.”

 

Video yang dikeluarkan Amber itu memainkan peranan penting kerana wanita yang berada di dalam situasi sebegitu mereka selalunya takut untuk bersuara kerana risau akan pendapat khalayak ramai jikalau dia menceritakan keburukan yang menimpanya dan orang akan mencari kesalahannya dan bukannya menghulurkan bantuan untuk mereka.

Baru-baru ini Amber mengeluarkan pula satu surat terbuka yang menyatakan bahawa mangsa-mangsa penderaan tidak bersendirian dan dia ada untuk mereka:

Anda tidak keseorangan. Anda mungkin telah merana disebalik pintu yang tertutup, tetapi anda tidak keseorangan. Anda perlu tahu itu. Saya mahu mengingatkan anda akan kekuatan anda, satu kekuatan yang telah dikali gandakan dengan jumlah wanita yang berdiri secara diam di belakang anda — satu kebenaran yang membenarkan saya untuk memecahkan pintu yang telah mengurung saya… Mari mulakan dengan kebenaran — Apabila seorang wanita tampil menceritakan tentang ketidakadilan yang dihadapinya atau penderitaanya, bukanna bantuan, hormat dan sokongan yang diterimanya, tetapi permusuhan, keraguan dan rasa malu. Motifnya akan disoalkan dan kebenarannya tidak dihiraukan… Saya tidak pernah merasa yang ada orang yang akan atau boleh menyelamatkan saya, jadi saya benci akan label ‘mangsa’. Sambil saya menulis surat ini, saya boleh berjanji kepada semua wanita yang menderita dalam diam, anda tidak keseorangan. Anda mungkin tidak dapat melihat kami, tapi kami ada.

 

See also
Carolina Herrera Akan Berhenti Mereka Untuk Carolina Herrera Selepas Empat Dekad

Kesimpulannya, Amber mengalakkan untuk khalayak ramai supaya menghulurkan bantuan dan mempercayai wanita-wanita yang tampil menceritakan kisahnya dan tidak mengherdik ataupun meragui mereka. Hulurkan tangan, ringankan beban.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid