Stefano Gabbana Mengkritik Pengarah Kreatif Dior? - Glam Malaysia

Stefano Gabbana Mengkritik Pengarah Kreatif Dior?

Setfano Gabbana nampaknya tidak boleh lari daripada mencari gaduh dengan sesiapa sahaja. Selepas dikecam kerana menyokong Melania Trump dan bertengkar dengan Miley Cyrus di Instagram, Gabbana kali ini mencuba nasibnya dengan seorang pereka fesyen ternama.

 

Pereka fesyen itu adalah none other than pengarah artistik wanita pertama untuk House of Dior Maria Grazia Chiuri.

 

Melalui ruangan komentar pada video yang dikongsikan oleh Anna Dello Russo menampilkan pertunjukan adi busana Dior baru-baru ini, Gabbana meninggalkan komen β€œHa sbagliato tutto come al solito” yang bermaksud β€œDia membuat segalanya dengan salah seperti biasa.”

 

Ini mungkin juga kritikan buat Chiuri sebagai seorang rakan pereka? Atau Gabbana memang benar-benar bosan.