Setelah lama menyepikan diri dalam arena modeling, Gemma Ward menggegarkan dunia fesyen dengan kembali melewati pentas peragaan Prada Spring/Summer 2015 di Minggu Fesyen Milan.
Membuka pentas jenama itu, kemunculannya menjadi perbualan hangat di media sosial yang merindui wajah persis baby doll itu.
Ward bersara dari dunia peragaan pada tahun 2008. Sejak itu, dia melebarkan sayap ke dunia lakonan dengan membintangi filem seperti The Strangers bersama Liv Tyler dan sebagai ikan duyung dalam Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.