Khabar angin mengatakan bahawa Selena Gomez berasa perkahwinan antara dia dan Justin Bieber dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapinya.
Penyanyi “Same Old Love” yang baru sahaja habis menjalani rehalibitasi menunjukkan persediaan untuk mengambil langkah tersebut ketika ditemubual oleh In Touch Weekly.
Bieber dilaporkan menghubungi Gomez untuk memeriksa keadaannya di pusat rehalibitasi dan mereka masih kekal berhubung sehingga ke hari ini. Dia juga bersedia untuk berpindah berdekatan Gomez.
Pasangan ini sememangnya menghadapi banyak dugaan dalam perhubungan mereka dan pernah bergaduh di laman sosial ketika Bieber bercinta dengan Sofia Richie.
Walaubagaimanapun, Gossip Cop mengesahkan bahawa khabar angin ini adalah palsu.