Salah Seorang Daripada Hadid Sisters Kembali Ke Pentas Victoria's Secret - Glam Malaysia

Salah Seorang Daripada Hadid Sisters Kembali Ke Pentas Victoria’s Secret

Minggu lepas dunia menyaksikan barisan model (lama dna juga baru) berkongsi berita yang mereka akan membuat memperagakan koleksi eksklusif tahunan Victoria’s Secret untuk 2017 dan nama-nama seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid, dan Bella Hadid menjadi pertanyaan buat mereka yang memberikan perhatian.

 

Bella Hadid telah tampil untuk mengumumkan yang dia juga bakal beraksi bersama rakan-rakan modelnya di atas pentas peragaan fesyen terbesar dunia buat kali kedua. Dalam satu pos yang dikongsikan olehnya di Instagram, Bella boleh dilihat mengenakan baju dalam hitam bersama jubah hitam sutera dengan kapsyen yang menunjukkan keterujaannya persis rakan-rakannya yang lain.

 

See also
Ellen DeGeneres Diberi Penghormatan Oleh Presiden

Tahun lepas Bella membuat debutnya bersama Victoria’s Secret di mana dia telah berkongsi pentas bersama kakaknya Gigi dan juga bekas teman lelakinya, The Weeknd.

 

Now where is Kendall and Gigi?