Royal Drama Antara Meghan Markle & Kate Middleton?

Royal Drama Antara Meghan Markle & Kate Middleton?

Kebiasaannya kita hanya dapat melihat interaksi antara kerabat diraja England apabila mereka membuat penampilan bersama untuk seseuatu acara. Selain dari itu, we are mostly in the dark.

 

Khabar angin mula menggunung perihal hubungan antara setiap seorang ahli kerabat dan baru-baru ini satu lagi khabar angin mula tersebar. Melibatkan Duchess of Cambridge dan Duchess of Sussex. Well not directly. Suami mereka sebenarnya.

 

Ramai membuat anggapan hubungan antara Meghan Markle dan Kate Middleton adalah tidak baik namun kebenarannya terletak pada Putera Harry dan Putera William. Ini membuatkan hubungan antara dua duchess ini menjadi lebih rumit.

 

Apakah sebab sebenarnya? Satu sumber melaporkan Putera Harry merasakan Putera William seakan-akan tidak mengalukan kehadiran Meghan ke dalam keluarga mereka. “Kate dan Meghan adalah dua individu yang berbeza dan mereka tidak mempunyai banyak persamaan. Tetapi mereka sering cuba untuk mengeratkan hubungan mereka,” lapor sumber tersebut lagi.

 

Ketegangan antara dua pihak ini sebenarnya telah diuraikan oleh ayahanda kedua-dua orang putera ini sendiri, Putera Charles. Dimana Putera Charles telah berpesan kepada Putera William untuk berusaha memulihkan keadaan ini. Sejurus selepas itu Putera William telah menjemput Putera Harry dan Meghan untuk meluangkan masa bersama mereka sewaktu Krismas tahun lalu.

See also
10 Outfit Terbaik Princess Diana Bawa Estetik Old Money

 

Gambar: Shutterstock

Drama lain yang melibatkan Kate Middleton dan Meghan Markle pula tercetus beberapa bulan selepas Meghan bergelar Duchess of Sussex. Kate dikatakan telah minggalkan sesi fitting buat Puteri Charlotte bersama Meghan dalam tangisan. Namun sebenarnya pada waktu itu Kate yang baru sahaja melahirkan Putera Louis hanya emosi kerana reaksi hormon. Lihat sahaja klip video di mana Kate menyatakan dia juga merasa teruaj dengan kehadiran cahaya mata Putera Harry dan Meghan Markle.

 

Isu ketegangan yang diperkatakan ini juga menyumbang kepada keputusan Putera Harry dan Meghan Markle untuk pindah kelaur daripada Istana Kensington. Walhal sebab sebenar mereka membuat keputusan itu adalah kerana Putera Harry ingin bersiap sedia membina keluarganya sendiri bersama Meghan dan masa depan mereka.

See also
Shah Rukh Khan dan Anak Bongsunya Dilihat Mempunyai Tatu Yang Sama