Rihanna Membidas Lawak Snapchat Perihal Keganasan Rumahtangga
Rihanna yang sering berkongsikan detik-detik istimewa kehidupannya bersama para peminat melalui media sosial kini kecewa dengan landasan Snapchat kerana memandang enteng betapa seriusnya isu keganasan rumahtangga yang dia sendiri pernah lalui ikutan hubungannya bersama Chris Brown.
Iklan yang dikeluarkan oleh Snapchat itu meminta pengguna mereka untuk mengundi jika mereka akanĀ “Slap Rihanna” atau “Punch Chris Brown.” Pada tahun 2009 Rihanna telah mengalami kecederaan serius ikutan keganasan Brown terhadap bekas teman wanitanya itu. Walaupun iklan itu sudah diturunkan, orang rami merasa curiga bagaimana isu sebegini boleh terjadi?
Snapchat yang telah memohon maaf atas insiden ini menyatakan iklan tersebut telah ditinjau dan diluluskan tanpa ikutan kesilapan mereka sendiri dan menurunkan iklan tersebut sejurus selepas mereka menyedari kesilapan mereka.
Rihanna sebelum ini juga sangat aktif menjadi suara memperjuangkan hak mangsa keganasan domestik dan menyatakan memori itu masih segar lagi dalam ingatannya acap kali dia membaca berita menceritakan semula pengalaman buruknya itu.
Sedang netizen menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap insiden tidak sensitif ini, Rihanna juga tampil berkongsikan isi hatinya perihal isu ini dan juga mewakili semua individu yang pernah lalui perkara yang sama:
Now SNAPCHAT I know you already know you ain’t my fav app out there! But I’m just trying to figure out what the point was with this mess! I’d love to call it ignorance, but I know you ain’t that dumb! You spent money to animate something that would intentionally bring shame to DV victims and made a joke of it!!! This isn’t about my personal feelings, cause I don’t have much of them…but all the women, children and men that have been victims of DV in the past and especially the ones who haven’t made it out yet….you let us down!Shame on you. Throw the whole app-oligy away.
Saham Snapchat mula merundum sejurus selepas Rihanna menyuarakan kekecewannya terhadapa syarikat tersebut.