Rihanna Dikritik Oleh Netizen Kerana Foto Ratu Elizabeth - Glam Malaysia

Rihanna Dikritik Oleh Netizen Kerana Foto Ratu Elizabeth

Rihanna baru-baru ini menarik perhatian netizen (dan mungkin juga telah membuat beberapa berang) kerana telah berkongsikan lima keping foto yang menampilkan muka Ratu Elizabeth dimanipulasikan ke atas badannya sendiri.

 

Beberapa netizen menyuarakan pendapat mereka melalui ruangan komen pada akaun penyanyi tersebut dan menyatakan bahawa tindakannya ini sangat tidak patut dan ini seperti Rihanna tidak menghormati Ratu mereka.

 

But, we think there’s a reason for this.

 

Tanggal 21 April yang lepas, Ratu Elizabeth II telah menyambut hari lahirnya yang ke-91 (Happy Belated Birthday, Your Majesty!) dan Rihanna telah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ratu Elizabeth dengan berkongsikan foto-foto yang unik ini di Instagramnya.

 

Walaupun dikecam oleh netizen yang tidak puas hati, kebanyakannya memuji kreativiti dan keberanian Rihanna. Honestly, kami juga sukakannya. What do you think?

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

when you bout to be a @ParsonsSchoolofDesign honoree tomorrow. #ParsonsBenefit @TheNewSchool

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

See also
Tuduhan Palsu Terhadap Beyoncé Dibidas Oleh Publisisnya