Remaja Berhijab Sertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota USA - Glam Malaysia

Remaja Berhijab Sertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota USA

Somali-American teen makes semifinals at Miss Minnesota USA pageant

 

Apabila membicarakan tentang beauty pageant di Amerika Syarikat ianya bukanlah perkara luar biasa untuk peserta-peserta yang menyertai terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun menjadi minoriti. Ada juga dalam kalangan pemenang-pemenang tersebut terdiri daripada bangsa minoriti.

 

Tetapi seorang remaja 19 tahun berketurunan Somali Halima Aden mengorak langkah sebagai muslimah berhijab pertama yang menyertai ‘Miss Minnesota USA Pageant’.

 

Somali-American teen makes semifinals at Miss Minnesota USA pageant

 

Semasa pertandingan tersebut, Halimah mengenakan burkini untuk bahagian pakaian renang dan dia juga memakai gaun yang melambangkan modest fashion.

 

Halimah Aden menyertai pertandingan tersebut dengan harapan untuk mengubah persepsi segelintir masyarakat tentang wanita Muslim.

 

Somali-American teen makes semifinals at Miss Minnesota USA pageant

 

“Individu-individu yang melakukan perkara jahat itu, mereka tidak melambangkan kami sebagai keseluruhan,” beritahunya dalam satu temubual. “Saya rasa kehadiran saya di sini adalah untuk mengubah semua tanggapan yang salah dan stereotaip terhadap wanita Muslim.”

 

Walaupun Halima hanya dapat mara ke separuh akhir (Top 15), ianya merupakan satu pencapaian yang tidak dapat disangkalkan oleh mana-mana pihak. Keputusan untuk membenarkan Halima menyertai pertandingan ini dibuat dengan mudah oleh penganjur.

See also
Siapa Pemakai Fantasy Bra Victoria's Secret Tahun Ini?

 

“Organisasi ini akan terus berubah selagi wanita terus berubah,” pengarah Miss Minnesota USA dan Miss Minnesota Teen USA, Denise Wallace menyatakan. “Organisasi Miss Universe merasa bangga untuk menjadi pelopor kepada diversity of beauty.”

 

Somali-American teen makes semifinals at Miss Minnesota USA pageant

 

Halima juga turut berkata “Ramai orang akan melihat saya dan gagal untuk melihat kecantikan saya sebab saya menutup aurat dan mereka juga tidak biasa dengan situasi ini. Jadi semasa membesar saya mengasah people skills  saya dan memberi mereka peluang untuk mengenali saya disebalik pemakaian saya.”

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid