Reed Krakoff Ketua Pegawai Artistik Terbaru Tiffany & Co. - Glam Malaysia

Reed Krakoff Ketua Pegawai Artistik Terbaru Tiffany & Co.

Reed Krakoff dan Delphine Krakoff
Foto: Nicholas Hunt/Patrick McMullan)

Kekosongan jawatan baru sebagai Ketua Pegawai Artistik di Tiffany & Co. telah diisikan dengan pelantikan Reed Krakoff di mana dia akan menyelia rekaan setiap produk Tiffany & Co. dan juga rekaan kedai, e-commerce, pengiklanan dan juga pemasaran.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Tiffany & Co. Frederic Cumenal juga memuji bakat yang ada pada Reed dengan pemahamannya terhadap rekaan ikonik Amerika dan peranan Tiffany dalam legasinya, membuatkan dia bersedia untuk kejayaan dengan jawatan barunya.

 

Foto: Samuel-christophe Tedjasukmana/PatrickMcMullan.com/Sipa USA

“Kepakaran dan kreativitinya akan terus membantu membina Tiffany sebagai sebuah rumah mewah tahap global.”

 

Latar belakang Reed, yang juga pemenang Anugerah CFDA sebanyak tiga kali, sendiri membuatkan dia lebih daripada layak dengan kerjanya bersama jenama Coach telah membantu menukarkan syarikat yang bernilai $500 juta itu kepada sebuah syarikat yang bernilai $4 bilion.

 

Foto: Samuel-christophe Tedjasukmana/PatrickMcMullan.com/Sipa USA

“Saya berasa sangat berbangga untuk menyertai Tiffany sebagai ketua pegawai artistik dan akan mendedikasikan fokus kreatif saya terhadap jenama mewah Amerika yang bersejarah ini,” kata Reed.

See also
Mempersembahkan Mercedes- Benz Generasi Baru

 

Pengarah rekaan Tiffany& Co. Francesca Amfitheatrof bakal meninggalkan syarikat tersebut setelah berkhidmat bersama mereka selama tiga tahun.