Ralph Lauren Dipilih Untuk Menggayakan Melania Trump? - Glam Malaysia

Ralph Lauren Dipilih Untuk Menggayakan Melania Trump?

Foto: Pat Benic/UPI Photo

Menurut laporan oleh WWD, Ralph Lauren dikatakan sedang menyediakan pakaian yang bakal dipakai oleh First Lady baru Melania Trump untuk Hari Perasmian pada 20 Januari ini (1 pagi hari Sabtu di Malaysia).

 

Ralph Lauren yang merupakan penyokong kuat Hilary Clinton juga menyediakan beberapa lagi gaun untuk dipakai Melania sepanjang minggu perasmian tersebut.

 

Foto: Riccardo Savi

Upacara angkat sumpah pada Jumaat ini akan menjadi landasan untuk menaikkan nama mana-mana jenama yang Melania Trump akan pakai semasa upacara tersebut. Semasa upacara angkat sumpah Presiden Obama sendiri pada tahun 2009, seramai 37.8 juta penonton menyaksikan upacara berperistiwa tersebut telah membantu melonjakkan nama pereka Isabel Toledo yang menggayakan Michelle Obama dengan rekaannya.

 

Foto: Pat Benic/UPI Photo

Ralph Lauren sebelum ini telah menggayakan Hilary untuk pelbagai acara seperti debat presiden dan Hari Pilihan Raya ke tempat undian dengan sut rekaannya. Pasukan Ralph Lauren juga dilaporkan sedang menyediakn beberapa pakaian untuk ahli keluarga Trump yang lain.

See also
Holiday Home Baru Natalie Portman Bernilai RM27.6 Juta

 

Jurucakap daripada Ralph Lauren enggan memberikan sebarang komen. We’ll wait and see then.