Ralph Lauren Bakal Diberi Penghargaan - Glam Malaysia

Ralph Lauren Bakal Diberi Penghargaan


 
British Fashion Council baru-baru ini mengumumkan bahawa pereka fesyen tersohor Ralph Lauren bakal menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Fesyen semasa The Fashion Awards bulan depan.
 
Dengan kerjasama bersama Swarovski The Fashion Awards yang bakal berlangsung 5 Disember ini akan memberi Ralph penghormatan ini atas sumbangan beliau yang tidak terkata untuk industri fesyen.
 
Dengan peminat dalam kalangan selebriti seperti Emma Watson, Anne Hathaway dan juga Duchess of Cambridge, Ralph Lauren merupakan seorang pemain utama di dalam industir ini dan dengan pengalaman selama 50 tahun untuk membentuk brandnya yang ikonik.
 
Pengerusi British Fashion Council, Dame Natalie Massenet berkata: “Ralph Lauren merupakan contoh sebagai seorang pereka fesyen dan ahli perniagaan. Dia telah membantu memberi definisi untuk satu era di Amerika dan juga secara global. Dia telah membina sebuah legasi dan saya akan terus meraikan beliau dan kejayaannya untuk tahun-tahun yang akan datang.”
 
Pemenang-pemenang Outstanding Achievement Award sebelum ini: Karl Lagerfeld (2015), Anna Wintour OBE (2014), Terry and Tricia Jones (2013), dan Manolo Blahnik CBE (2012).
 
Oleh: Ai Norzaid

See also
Kolaborasi Dinanti-nanti GUE$$ x A$AP Rocky!