Raikan Detik-Detik Istimewa Dengan Tous Jewelry - Glam Malaysia

Raikan Detik-Detik Istimewa Dengan Tous Jewelry

Apabila tiba hari istimewa, pasti ramai yang mengalami masalah untuk mencari hadiah yang istimewa buat yang tersayang. Tous Jewelry kini meraikan detik istimewa bersama anda dengan rangkaian baranga kemas yang direka khas untuk menyambut hari istimewa bersama tersayang.
 
Tous

Simbol beruang mejadi lambang kepada jenama perhiasan ini kerana beruang adalah simbol yang menghangatkan dan juga bertuah.  Berbentuk bulat dan bersifat lembut, ia direka khas untuk membangkitkan kenangan manis zaman kanak-kanak.
 
Setiap rangkaian perhiasan, jam dan aksesori dari Tous datang dalam pembungkusan yang sangat istimewa. Kepingan perhiasan Tous di simpan di dalam kotak bulat  dalam pelbagai warna seperti dusty pink, vanilla yellow, water green dan pearl gray dan dikelilingi dengan tali elastik yang digantung dengan loceng. Selain itu, kepingan perhiasan dibungkus dalam beg kain bagi memastikan kesempurnaan perhiasan jenama itu.
 
Selain menghasilkan barangan kemas, Tous turut mengembangkan sayapnya di dalam koleksi beg, minyak wangi, jam, kaca mata dan aksesori. Setiap koleksi direka dengan menggunakan elemen yang melambangkan Tous.
 
015913100 - earring - RM4200
 
612573000
 
FACE - Vermeil Sterling silver, enamel, pearls, spinel and nylon bracelet
 
613101600
 
711900031 - Silver Mesh bracelets RM660