Quvenzhane Wallis Wajah Baru Armani Junior Spring/Summer 2015
Selepas tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Oscar menerusi filem Beast of the Southern Wild pada tahun 2012, bintang Quvenzhane Wallis terus menyinar apabila dipilih sekali lagi untuk menghiasi kempen Armani Junior Spring/Summer 2015.
Aktres cilik itu mencipta sejarah apabila menjadi pelakon paling muda tercalon dalam Anugerah Oscar. Bakatnya kembali diiktiraf melalui pencalonan di kategori Pelakon Wanita Terbaik – Komedi/Muzikal untuk filem Annie sewaktu Anugerah Golden Globe baru-baru ini. Filem remake itu menyaksikan dia bergandingan dengan Jamie Foxx dan Cameron Diaz.