Putera-Putera Britain Kesal Akan Perbualan Terakhir Bersama Diana

Putera-Putera Britain Kesal Akan Perbualan Terakhir Bersama Diana

 

Putera William dan Putera Harry berbicara secara kandid akan peninggalan bonda tersayang mereka, Puteri Diana dan mendedahkan rasa kesal mereka akan perbualan terakhir bersama beliau yang terlalu singkat. Mereka sering memikirkan semula dan berkesal.

 

Dalam sebuah temu bual bersama ITV, pasangan adik-beradi itu mengimbas kembali pengalaman menerima panggilan telefon dari ibu mereka tatkala sedang bersama Putera Charles di rumah percutian Ratu Elizabeth, Balmoral, Scotland. “At the time Harry and I were running around minding our own business, you know, playing with our cousins and having a very good time,” kata William. 

 

“Ketika kecil, saya kurang gemar berbual bersama ibu bapa di atas talian. Dan kami sering menghabiskan masa berbual dalam panggilan telefon dari berkata depan-depan, kerana situasi yang tidak mengizinkan. Telefon kemudian berbunyi dan dia [William] pergi dan berbual dengannya [Diana] selama lebih kurang lima minit,” imbas Harry.

 

 

“Saya rasa Harry dan saya tergesa-gesa ingin mengucapkan selamat tinggal,” sambung pelapis takhta Britain itu. “Jika saya tahu akan apa yang bakal dihadapi, saya tidak akan begitu rimas akannya dan segalanya. Tetapi panggilan telefon itu kerap berputar di minda saya, secara berterusan.”

See also
Transformasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits

“Saya kurang ingat akan apa yang dikatakan, tetapi yang saya pasti ialah, kamu tahu, menyesal sepanjang kehidupan saya akan betapa singkatnya panggilan tersebut,” ingat Harry.

 

31 Ogos ini menandakan ulang tahun peninggalan Puteri Diana yang ke-20.