Lady Gaga, Bruno Mars dan The Weeknd diumumkan bakal membuat persembahan di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2016 di Paris.
Ketiga-tiga penyanyi pop hebat ini akan ditemani Gigi Hadid, Kendall Jenner, Bella Hadid, Karlie Kloss yang bakal berjalan di pentas peragaan selain daripada veteran VS iaitu Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Lily Aldridge, Elsa Hosk dan Jasmine Tookes.
Tahun lalu, The Weeknd turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu “Can’t Feel My Face” manakala Bruno Mars dengan lagu “Young Girls pada tahun 2012.