Pita Kontroversi Soal Peribadi Puteri Diana! - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

Pita Kontroversi Soal Peribadi Puteri Diana!

 

Hampir 20 tahun selepas peninggalan beliau yang menggemparkan seluruh dunia, kehidupan peribadi Puteri Diana dipaparkan kepada umum dalam dokumentari terbaharu berjudul, Diana: In Her Own Words. Dokumentari ini menggunakan klip-klip peribadi beliau yang disimpan rapi selama ini. Puteri jelita ini berbual bersama pelatih suaranya, Peter Settelen dalam pita-pita penuh kontroversi ini. Peter memberi perkhidmatan kepada beliau dari tahun 1992 hingga 1993.

 

Pita tersebut berada dalam kepunyaan Diana ketika peninggalannya, tetapi telah pemilikkan pita itu beralih tangan kepada beberapa pemilik. Klip-klip pendek daripadanya telah disiarkan dalam sebuah dokumentari 13 tahun yang lalu, namun telah dipulang semula ke tangan Peter pada tahun 2004. Meskipun begitu, dokumentari tersebut tidak pernah disiarkan di tempat kelahiran Puteri Wales itu, United Kingdom -- Diana: In Her Own Words bakal membuat debut di televisyen UK pada hari Ahad ini (6 Ogos) di siaran Channel 4. 

 

Pita ini dikatakan mengandungi maklumat peribadi perihal ikatan perkahwinan Diana bersama Putera Charles -- ia dirakam hanya beberapa tahun sebelum perpisahan pasangan diraja itu pada tahun 1996.

 

Berikut merupakan 5 perihal mengejutkan dalam pita tersebut:

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Cinta terhadap jejaka lain

Diana mengaku kepada Peter bahawa beliau telah jatuh cinta bersama pengawal peribadinya, Barry Mannakee yang telahpun beristeri, nmaun mendakwa bahawa hubungan tersebut tidak seksual.

 

Foto: Tim Graham