Peter Dundas Meninggalkan Tugasan di Roberto Cavalli - Glam Malaysia

Peter Dundas Meninggalkan Tugasan di Roberto Cavalli

peter dundas

Selepas setahun setengah berkhidmat dengan Roberto Cavalli, Pengarah Kreatifnya iaitu Peter Dundas membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan.

 

“Saya ingin berterima kasih kepada Roberto Cavalli dan seluruh pasukan untuk pengalaman berharga ini dan saya doakan yang terbaik untuk mereka di masa hadapan,” kata Dundas.

 

Dundas bermula di Roberto Cavalli dengan melancarkan koleksi musim bunga 2016 bertema 80-an yang menerima ulasan bercampur-baur.

 

Dia kemudian beralih ke arah yang lebih glamorous dengan menggabungkan animal print dengan siluet seksi yang menjadi gaya ikonik Cavalli dalam olahan bertemakan ’70s-hippie. 

 

Sebelum bertugas sebagai Pengarah Kreatif Roberto Cavialli, Dundas merupakan Ketua Pereka Fesyen di Emilio Pucci dari tahun 2002 hingga 2005.

 
Oleh: Lylatul Qadrina