Pertengkaran Antara Miley Cyrus Dengan Stefano Gabbana - Glam Malaysia

Pertengkaran Antara Miley Cyrus Dengan Stefano Gabbana

Persengketaan antara netizen pada landasan media sosial  merupakan satu perkara biasa namun bukan setiap hari kita melihat nama besar bertengkar di Instagram yakni Miley Cyrus dan pereka fesyen Stefano Gabbana.

 

Sewaktu Minggu Fesyen Milan yang lalu, adik lelaki Miley Cyrus, Braison Cyrus, diberi peluang untuk memperagakan koleksi Spring 2018 Dolce & Gabbana dan sebagai seorang kakak yang bangga dengan pencapaian adiknya, Cyrus berkongsikan kegembiraannya di Instagram.

 

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

 

Then she got political.

 

Penyanyi yang lazim dengan beberapa kontroversi itu mengakhiri kapsyennya dengan beberapa ayat untuk Dolce & Gabbana mengenai pegangan politik mereka:

 

“PS D&G, saya SANGAT tidak bersetuju dengan pegangan politik anda… tetapi saya menyokong usaha syarikat anda untuk meraikan artis muda dan memberikan mereka landasan untuk memberikan peluang kepada mereka semua!”

 

Gabbana yang sebelum ini memberikan sokongan sepenuhnya kepada Melania Trump untuk menggayakan rekaannya tidak mengambil peduli akan kecaman yang diterimanya malah menyokong boikot terhadap jenamanya sendiri.

See also
Kim Kardashian dan Bayi Ketiga

 

Dia kemudiannya membawa isu ini ke Instagramnya sendiri untuk memberikan respon kepada Cyrus:

 

“Kami orang Itali dan kami tidak peduli akan hal politik dan terutamanya politik Amerika! Kami membuat pakaian dan jika anda rasa untuk berpolitik hanya dengan satu post ia adalah bodoh. Kami tidak perlukan post mahupun komen anda, jadi sila abaikan kami nanti! #boycottdolcegabbana.”

 

Namun Gabbana tidak berhenti disitu sahaja. Dia kemudiannya meninggalkan komen pada dua pos Cyrus.

 


 

Apa kata Miley Cyrus pula?