Persamaan Antara Obama, Steve Jobs, Einstein dan Zuckerberg
Barack Obama, Steve Job, Albert Einstein dan Mark Zuckerberg adalah antara individu paling berjaya di dunia. Tapi pernahkah anda terfikir apakah kunci kejayaan individu-individu ini? GLAM temui salah satu rahsia mereka iaitu kesederhanaan! Yes, simplicity!
Rahsia mereka terletak disebalik pilihan gaya harian. Jika diperhati, individu-individu ini sering menggayakan pakaian yang sama. Sut kelabu atau biru tua oleh Obama dan Einstein, turtleneck hitam dan seluar denim oleh Steve Jobs serta t-shirt kelabu oleh Zuckerberg.
‘I’m trying to pare down decisions. I don’t want to make decisions about what I’m eating or wearing. Because I have too many other decisions to make.’ ujar Obama apabila ditanya tentang gaya hariannya yang sama.
Sains membuktikan bahawa kerisauan terhadap perkara yang kurang penting atau tidak relevan akan menyebabkan seseorang mengalami “decision fatigue”. Ia merupakan kondisi psikologikal yang menyebabkan produktiviti seseorang terganggu.
Tidak hairanlah individu-individu ini tidak cerewet dalam membuat keputusan penggayaan harian. Mereka tidak mahu membazir masa atas perkara remeh supaya kekal produktif dalam tugasan.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak perlu berhias ke tempat kerja. Kekemasan masih perlu diutamakan supaya sentiasa tampak presentable!