Pereka Fesyen Mengucapkan Terima Kasih Kepada Michelle Obama - Page 3 of 8 - Glam Malaysia

Pereka Fesyen Mengucapkan Terima Kasih Kepada Michelle Obama

20 Januari 2017 (21 Januari di Malaysia) menandakan pengakhiran era keluarga Obama di White House dan juga permulaan yang baru buat rakyat Amerika. Walaupun Michelle Obama bakal meninggalkan White House, kekosongan yang bakal dirasai adalah lebih besar di dalam dunia fesyen.

 

First Lady Michelle Obama telah pun meninggalkan legasinya yang besar di dalam dunia fesyen dan dengan bantuan WWD bersempena hari terakhir Michelle sebagai First Lady, mereka telah meminta pereka-pereka fesyen yang pernah menggayakna Michelle dengan rekaan mereka sepanjang lapan tahu Michell memegang nama First Lady.

3 of 8

Christian Sirriano

Kehadapan Michelle,

 

Ianya merupakan satu penghormatan mereka [pakaian] untuk anda, seorang wanita yang saya kagumi sepanjang lapan tahun ini, dan seorang yang akan sayu kagumi seluruh hidup saya. Legasi anda sebagai First Lady merupakan sesuatu yang cantik dan dipenuhi dengan kasih sayang, belas kasihan dan kebajikan.

 

Sokongan anda amat bermakna buat saya. Sebagai seoarang pereka muda dari Maryland, saya sentiasa optimis yang kerjaya saya akan berkembang tiba waktu yang sesuai. Untuk saya, andalah waktu itu. Sebagai First Lady kami, pilihan-pilihan yang telah anda buat dari segi pakaian telah menyuluhkan lampu buat banyak perniagaan Amerika yang sedang berkembang. Sokongan anda telah merangsangkan industri kita dan memupuk kreativiti artistik.

 

Saya tidak sabar untuk mengikut jejak langkah anda yang seterusnya, dan untuk menghasilkan sesuatu untuk anda pada masa-masa akan datang.

 

Terima Kasih.