Kerancakkan muzik samba dimainkan di sepanjang malam after party Louis Vuitton Cruise 2017. Rakan-rakan dan selebriti yang menghadiri pertunjukkan jenama itu menari sepanjang malam di Praque Lage – after party diadakan di sebuah rumah yang terletak di dalam hutan, Corcovado. Taman-taman artistik dan palazzo indah direka dan dibina oleh usahawan Brazil Henrique Lage untuk isterinya, Gabriella Besanzoni.