Parsons School of Design Pula Menganugerahkan Penghargaan Kepada Rihanna - Glam Malaysia

Parsons School of Design Pula Menganugerahkan Penghargaan Kepada Rihanna

via GIPHY

 

Selepas dinobatkan sebagai Harvard Humanitarian of the Year pada hujung Februari yang lepas, Robyn Rihanna Fenty, ataupun lebih senang dikenali sebagai Rihanna, bakal diberi penghargaan oleh Parsons School of Design semasa Parsons Benefit ke-69 pada Mei ini.

 

Selain daripada kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penyanyi ini, dia juga berkecimpung dalam dunia fesyen secara aktif dan sering dilihat memakai rekaan pereka-pereka baru, terutamanya pelajar-pelajar di Parsons.

 

“Parsosn dengan bangganya menganugerahkan Rihanna dengan penghargaan ini kerana dia telah memberi inspirasi kepada jutaan orang melalui muziknya dan juga gayanya yang berbeza,” dekan eksekutif sekolah tersebut, Joel Towers, menyatakan.

 

“Dia telah melonjakkan nama alumni kami baru-baru ini dalam beberapa acara dengan memakai rekaan mereka. Dia juga menghasilkan program-program amal, yang menyokong komunit-komuniti dengan menerapkan program seperti pembelajaran efektif, kesihatan dan banyak lagi di seantero dunia melalui Yayasan Clara Lionel.”

 
[envira-gallery id=”64207″]

See also
Nama Anak Duke of Sussex, Meghan Markle Dan Putera Harry Akhirnya Didedahkan!

Rihanna pernah menggayakan rekaan oleh alumni mereka seperti Adam Selman (CFDA 2014), Melody Ya Jun Lin (VMA 2016), dan Matthew Adam Dolan (di Barbados bersama Putera Harry).

 

“Saya berasa teruja untuk mengetahui sekolah berprestij seperti Parsons School of Design akan menganugerahkan saya penghargaan ini. Saya sering menjumpai rekaan yang menarik dan kreatif daripada alumni Parsons, jaid saya merasakan hubungan yang erat dengan sekolah ini,” nyata Rihanna dalam satu kenyataan.