Lindsay Lohan Dihentam Paris Hilton Secara Terbuka

Paris Hilton Menghentam Lindsay Lohan Dengan Komen Di Instagram

Friends come and go. But what about foes?

 

Kemelut antara pewaris, DJ, usahawan, penyanyi, aktres Paris Hilton dan bintang kanak-kanak turned femme fatale Lindsay Lohan nampaknya sudah menjadi semakin keruh akibat komen terbaru Paris tentang Lindsay. Lebih kurang sebulan yang lalu Paris memastikan pihak umum faham yang dia tidak akan menjemput Lindsay ke majlis perkahwinannya dengan Chris Zylka dengan penjelasa yang mudah, “If you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all.”

 

Baru-baru ini pula Paris membawa isu ini ke Instagram dengan meninggalkan komen ‘#pathalogicalliar‘ di bawah sebuah pos yang menampilkan klip video dari tahun 2006 Lohan berkongsikan kisah hubungannya bersama Paris. Daripada salah satu klip itu Lohan dilihat mengatakan “Ini video tentang Paris Hilton… dan saya menyatakan ini melalui klip video… dia memukul saya malam tadi, tanpa sebab, di rumah teman saya dan saya tidak tahu dia akan berada di situ. Dia memukul saya; dia memukul saya dengan minuman dan menuang minuman tersebut ke atas tubuh saya dan ia sangat menyakitkan dan saya tidak rasa itu okey.”

See also
Beyoncé, Jay-Z dan Blue Ivy Welcomes Twins!

 

Komen tersebut membuatkan ramai peminat Paris teruja dan mula mempersoalkan kredibiliti kata-kata Lindsay. Sambungan kepada klip tersebut menunjukkan Paris meminta Lindsay untuk berterus-terang sambil mereka dihurung paparazzi dan Lindsay membalas “Paris adalah teman saya. Dia seorang yang baik. Tolong jangan ganggu kami… dia tidak pernah berbuat demikian, dia seorang yang baik.”

 

Isu antara kedua-dua wanita ini timbul apabila sebuah klip tersebar di mana Paris ketawa riang dengan teman mereka yang menggelar aktres tersebut “fire crotch.” Paris juga menerangkan hubungannya bersama Lindsay kini melalui satu temu bual “Saya tidak mempunyai sebarang drama dengan sesiapa pun tetapi saya memilih untuk tidak berada dalam kalangan sesetengah orang. Hidup ini terlalu singkat.”

 

So what do you say, Lindsay?

See also
Rawatan Mesti Buat Oleh Ratu Sehari